Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai ‘Boss Susu’ ini. Dikenali menerusi jenama susu tempatan, pengasas susu Farm Fresh ini berjaya menaikkan jenama produknya sehingga menjadi kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia. Dugaan dan cabaran yang ditempuhinya juga menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

Terkini, beliau difahamkan telah mengembangkan perniagaannya di Australia dengan memiliki sebuah kilang jem yang terkenal di sana. Kisah ini telah dikongsi di laman Facebook miliknya di mana beliau bercerita tentang proses pelaburannya di Australia sebelum ini. Beliau telah melabur lebih dari RM100 juta untuk mengembangkan perniagaan ke Asia Pasifik dan global.

 

Beli Kilang Jem Di Australia

Alhamdulillah, pelaburannya sudah menampakkan hasil dan beliau tidak malu untuk berkongsi kisah ini kepada rakyat Malaysia. Pada awalnya, mereka mahu membina kilang baru di Australia. Namun, disebabkan proses yang agak lama serta pelbagai kriteria yang ketat, mereka mengambil keputusan untuk membeli kilang yang sedia ada.

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

Beliau dan rakan kongsinya telah membeli sebuah kilang jem dengan keluasan 20 ekar dan boleh diperluas menjadi kilang susu. Lebih membanggakan apabila pengambilan kilang jem ini menjadi buah mulut dunia korporat di sana kerana kilang jem tersebut merupakan sebuah syarikat jem ternama di Australia iaitu “Henry Jones Pte Ltd” yang mengeluarkan jenama IXL.

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

IKLAN

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

 

Syarikat Kebanggaan Australia

Tambahnya lagi, syarikat Henry Jones Pte Ltd merupakan kebanggaan Australia kerana ia merupakan syarikat warisan berusia 123 tahun. Manakala jem IXL pula sangat popular di sana dan di eksport ke Eropah, Timur Tengah, China, Hong Kong dan sebahagian Asean. Orang sana memanggilnya sebagai “The Market Disrupter”.

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

‘Boss Susu’ Luaskan Perniagaan, Kini Miliki Kilang Jem Terkenal Di Australia

IKLAN

 

Kini Ia Milik Rakyat Malaysia

Kini, jenama jem IXL telah berada di Malaysia dan ia merupakan milik rakyat Malaysia. Beliau juga berharap agar para pengguna di Malaysia akan menyokong dan membeli jem jenama IXL ini. Jenama milik Malaysia.

 

Sumber: Azmi Zainal

 

IKLAN

Anda mencari BREAD MAKER? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah

Cara Buat Roti Kastard Menggunakan Kuali. Memang Sedap!

Cara Buat Mini Cup Pizza Menggunakan Air Fryer. Mudah!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI