Boleh Simpan Untuk Stok Sahur, Mudah Je Buat Sambal Bilis Garing

Share

Menu sambal bilis garing, antara stok bahan makanan kering yang paling laku pada bulan puasa. Lagi-lagi dibuat lauk pada waktu sahur.

Kalau nak beli terasa mahal, nah apa lagi jom kita buat sendiri, duit pun jimat.

Resipi sambal bilis garing yang dikongsi CikAyu Masfaliza Ab Jaafer ini, kalau pekena dengan nasi panas-panas, boleh tambah 2 pinggan!

 

SAMBAL BILIS GARING

BAHAN-BAHAN:

1 genggam cili kering – beli online di sini
1 ketul kiub ikan bilis – beli online di sini


Gula halus – beli online di sini
Minyak masak (untuk menggoreng) – beli online di sini
Ikan bilis | digoreng garing – beli online di sini
Bawang goreng – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Buang biji cili kering, bilas dan jemur sehingga betul-betul kering.


2. Gorengkan cili kering tadi dengan sedikit minyak sehingga garing. Pastikan gunakan api kecil dan kerap balik-balikkan. Tunggu sehingga sejuk.


3. Kemudian, masukkan cili ke dalam food processor atau chopper dengan seketul kiub ikan bilis.


4. Masukkan juga sedikit gula halus.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Kisar sehingga halus. Dalam gambar, inilah hasil kejadian. Jika betul kering, hasil sambal akan cantik.


6. Baki minyak goreng cili tadi boleh digunakan. Tambahkan sedikit minyak masak lagi.


7. Masakkan dengan menggunakan api yang kecil. Hati-hati jangan sampai hangus.


8. Sejukkan sambal.


9. Kemudian, 2 bahan penting dalam sambal bilis iaitu bilis goreng garing dan bawang goreng.


10. Masukkan bilis dan bawang goreng. Jika nak sambal lebih manis, lebihkan bawang goreng.


11. Gaul rata. Dah siap. Jom ratah sikit dulu untuk tahu kepaduan sambal bilis kita.


12. Masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara apabila sambal bilis dah sejuk.

Kredit resipi: CikAyu Masfaliza Ab Jaafer

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN