Min cukup suka biskut suji badam ni, buatnya dahlah senang, rasanya rapuh dan cair di mulut. Gabungan serbuk badam dengan minyak sapi @ghee memang gerenti sedaplah. Lemak dan rangup.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalib dalam FBnya. Eh ringkas sungguh bahannya. Kalau nak beli sebalang, 50 keping aje mahu sampai RM20 nih. Ada jugak yang jual RM30 , perrgh boleh tahan jugak harganya kan. Buat sendiri lagi puas hati.
BISKUT SUJI BADAM
Ads
Bahan bahan:
Ads
1kg tepung gandum
300gm gula kastor
400gm ghee @ minyak sapi
100gm serbuk badam
Langkah Memasak:
Guna empat bahan aje, tepung gandum, gula kastor, serbuk badam dan minyak sapi atau ghee
Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.
Ads
Kemudian baru masukkan tepung gandum dan serbuk badam.
Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, panaskan dahulu oven dan bakar selama 30 minit.
Senangkan, biskut yang mudah-mudah ni buat sendiri aje. Jimat sikit belanja kan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi anda yang suka makan Kuih Lapis atau baru nak belajar buat kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Siti Salmah ni antara yang boleh dicuba. Memang mudah dan senang nak ikut. Malah, cepat masak sebab guna acuan lompang dan tidak guna loyang. Jom cuba! Sedap buat makan untuk minum petang.
KUIH LAPIS MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan panaskan hingga agak-agak suam kuku. Tutup api.
2. Kemudian masukkan semua tepung, gula dan garam. Kacau guna pemukul (whisk) supaya tidak bergentel.
3. Kacau adunan hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air dalam 1/2 cawan. Angkat dan tapis.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan perasa ros, manakala satu bahagian lagi diwarnakan hijau dan perasa pandan.
5. Panaskan periuk kukusan dan oles sedikit minyak pada acuan lompang.
6. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Sukatannya 1 sudu makan adunan untuk setiap lapisan.
7. Sebelum tuang lapisan kedua, tekan perlahan lapisan pertama tadi. Jika masih bertepung (belum masak), biarkan seketika. Jika dah masak, baru dituang lapisan seterusnya.
8. Ulang langkah melapis yang sama hingga adunan habis.
9. Setelah kuih masak, sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Bila dah bersama dengan ahli keluarga di rumah, kena fikir kudapan jugak. Usah keluar beli jajan, buat oreo cookies ajak anak-anak sekali. Dah tak payah keluar semata-mata nak beli biskut.
Istimewanya oreo cookies ni rangup dan enak dengan biskut oreo dan coklat cip. Menu biskut ini telah disediakan oleh Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi, dari Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
OREO COOKIES
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung 1/2 sudu teh serbuk penaik 1/2 sudu teh garam 1/4 cawan mentega tanpa garam | lembut dengan suhu bilik 1/4 cawan shortening 1/4 cawan gula halus 1/3 cawan gula perang 1 sudu teh esen vanila 1 biji telur 1 cawan coklat cip | kurang manis 28gm biskut mini Oreo | dihancur kasar
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven dengan suhu 350 darjah Fahrenheit. 2. Masukkan oreo ke dalam beg plastik, hancurkan kasar. 3. Ayakkan tepung dengan serbuk penaik dan garam, ketepikan 4. Ambil mangkuk dan pukul mentega dengan shortening, masukkan esen vanila dan gula. Pukul hingga ringan dan gebu. 5. Masukkan telur dan kacau sebati. 6. Campurkan adunan bahan kering (campuran tepung) ke dalam mangkuk ini. Masukkan coklat cip dan oreo, gaulkan sekali. 7. Sediakan dulang pembakar beralas kertas minyak (baking sheet) , susunkan adunan menggunakan sudu bulat di atas dulang pembakar dan jarakkan 2 inci. 8. Bakar 10-12 minit atau perang keemasan di keliling biskut.
Saiz Hidangan : 30 biji Waktu memasak : 12 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Biskut rangup dengan ramuan biskut oreo Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Simpan adunan doh dalam ‘chiller’ lebih kurang sejam untuk mengekalkan kerangupan biskut.
Resipi :Hotel Crystal Crown, PJ. CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI
Musim durian tengah banyak ni, bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni. Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni. Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni, nampak mudah. Jom cuba!
KEK KEJU DURIAN GUNA BLENDER (SAIZ 6 INCI)
BAHAN DASAR KEK:
BAHAN ADUNAN KEK:
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan adunan dasar kek, cairkan mentega kemudian campurkan dengan biskut yang dikisar tadi. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium form. Leperkn biskut hingga sekata. Simpan dalam peti sejuk seketika.
3. Untuk menyediakan kek, pertama sekali panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian masukkan krim keju, telur dan gula ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu.
4. Masukkan isi durian. Kisar lagi hingga hancur.
5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Kisar lagi sekali.
6. Keluarkan loyang yang disejukkan dalam peti sejuk tadi dan tunag adunan keju di dalamnya.
7. Bakar menggunakan kaedah bain-marie/water bath. Bakar lebih kurang 1 jam. Masa mungkin berubah mengikut jenis ketuhar.
8. Kek sudah masak bila permukaan kek kelihatan kering dan tak melekit. Keluarkan loyang berisi air tadi dan letak kembali loyang kek dalam ketuhar dengan pintu ketuhar direngangkan sedikit. Biarkan selama 10-15 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan letak atas redai. Biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.
Pelajari cara membersihkan dan menyediakan Masak Lemak Cili Api Siput Belitong yang sedap bersama daun kaduk. Ikuti langkah lengkap daripada mencuci, menyiang hingga memasak untuk hasil yang lebih berlemak dan menyelerakan.