Biskut Raya Ala Famous Amos Yang Sedap, Mudah & Rangup.

Share

Bila tiba Ramadan, ramai dikalangan kita yang dah mula buat biskut raya. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah Biskut Coklat Cip ala Famous Amos. Memang sedap. Bukan setakat kanak-kanak, yang dewasa pun suka biskut begini. Istimewa buat anda, Raas kongsikan resipi biskut dari Opah Mas Cotek

. Bolehlah cuba nanti.

 

RESIPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS

BAHAN A:

  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak
  • 1 buku mentega (250gm)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan susu segar
  • 2 sudu teh serbuk vanila/esen vanila

BAHAN B ( diayak):

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 2 sudu makan serbuk koko (jika suka)

BAHAN C:

  • 1 1/2 cawan coklat cip
  • 3/4 cawan badam cincang

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dan sebatikan menggunakan whisk. Boleh juga guna senduk.

2. Masukkan bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.

3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan C. Gaul rata.

4. Sudukan adunan dalam tray yang telah dialas baking paper dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

(Masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.)

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

ANDA JUGA  BOLEH CUBA:

IKLAN