Biskut Nestum Kriuk Kriuk Rasa, Memang Leka Makan

Share

Ada peluang buat biskut raya di waktu yang terluang ni, jomlah kita buat dari membazir masa tidak membuat apa.Biskut nestum rangup,kriuk kriuk. Sedap ni jadikan kudapan sambil tengok televisyen.


BISKUT NESTUM


Bahan-bahan:
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 cawan nestum dikisar
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu paket
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu baking powder
badam cincang

CARA MEMASAK:
*sebatikan gula dengan marjerin.
1.Masukkan telur,susu,serbuk koko,tepung,baking powder,gaul rata.
2.Masukkan badam cincang ikut suka banyak mana,anggaran 1/2 cawan


gaul hingga menjadi doh yang tak lekat ditangan.
3.Ambil doh bulat-bulatkan dan leperkan sebesar syiling 20sen,gaulkan dengan nestum.


4.Bakar dengan suhu 150° – 25 minit.
5.Bila biskut dah masak letak atas ridai,bolehla pipingkan dengan coklat masakan dan hiaskan dengan cips strawberi.
Kredit: Roserosnah Rose

IKLAN