Biskut Kelapa Rangup , Rahsia Kerangupannya Kini Didedah.

Share

Kadang-kadang biskut yang simple ni yang laris bila dihidang. Kosnya murah aje tapi rasanya sedap dan mencair di mulut, perrghh nikmatnya.
Nah,ni dia biskut kelapa rangup dibuat dari tiga jenis tepung, ada tepung ubi dan tepung jagung mana tak rangupnya

Eloknya tepungnya disangai dan jangan lupa sangai kelapanya sekali. Nilah rahsia kerangupan biskut kelapa dari aliah rose ini.

BISKUT KELAPA RANGUP

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 3 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

*Tepung disatukan dan disangai sekejap, lepas tu masukkan dalam bekas besar.

Bahan B :

  • 2 cawan kelapa parut yang telah disangai
  • 1 cawan gula halus
  • 50gm @ 1 peket serbuk santan

*Bahan-bahan ni (di atas) dicampur bersama bahan-bahan A. Gaul sampai mesra

Bahan C :

  • 250gm mentega * Empunya resipi campur dengan majerin
  • I biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAKNYA:

  1. Mentega /majerin ambil sedikit demi sedikit digaul dengan bahan A yang sudah dicampur dengan bahan B.
  2. Sambil gaul masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Uli sampai adunan tak melekat di jari.
  4. Kalau keras tambah mentega/majerin, kalau agak lembik tambah tepung ubi.
  5. Terap guna acuan yang disukai, bakar dengan suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit hingga masak.

Kredit : aliah rose
Via FB : Masakan dari Mummy

IKLAN