Biskut Brownies Saiz XL Super Sedap

Share

Biskut brownies saiz XL ini tentu menarik minat anak-anak kita. Makan sekeping pun dah rasa puas. Sedap sangat.

Ikuti perkongsian resipi daripada puan Ieda Jahaya ini.

Biskut Brownies Saiz XL

Bahan-bahan:

Bahan A:

130 gram dark coklat

100 gram milk coklat

70 gram buttercup atau mentega anchor

Bahan B:

2 bji telur

3/4 cawan gula kastor – boleh beli online di sini

Sedikit esen vanilla – boleh beli online di sini

  • Putar hingga kembang sedikit

Bahan Ayak:

60gram tepung gandum – boleh beli online di sini

2 sudu besar serbuk koko – boleh beli online di sini

¼ sudu kecil garam

1/4sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini

1sudu kecil serbuk kopi

Cara Memasak Biskut Brownies:

Panaskan oven 150 darjah selsius. Biarkan.

Dalam satu mangkuk, campur semua bahan A. Masak secara double boiler.

Kacau-kacau hingga coklat cair. Ketepikan dulu.

Masuk coklat cair tadi ke dalam campuran bahan B dan kacau hingga sebati.

Setelah itu, masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam piping beg. Sapu sikit mentega ke atas dulang bakar yang digunakan. Pipe mengikut saiz yang dikehendaki. Tapi kena jarakkan agar tidak bercantum bila dibakar nanti.

Dah siap pipe, masuk ke dalam oven dan bakar selama 10 minit atau hingga masak. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN