Biskut Batik Gulung Dan Potong, Comel Hidang Masa Raya!

Share

Biskut batik yang sedap dan mudah dihidangkan. Selepas masak hanya perlu gulung dalam plastik dan bila sudah sejuk boleh potong ikut ketebalan yang kita suka.

BISKUT BATIK GULUNG
BAHAN-BAHAN:

  • Biskut marie sepeket, (patah-patahkan)
  • 480gm milo sepeket
  • 250gm Butter/Mentega
  • Suku tin susu pekat (ikut citarasa anda)
  • Esen vanila (pilihan)
  • Kacang campuran (pilihan)

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan butter, susu, & vanila dalam kuali dan kacau rata.
  2. Masukkan milo bila butter sudah cair sepenuhnya. Gunakan api sederhana. 
  3. Kemudian masukkan biskut dan kacang. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan dalam plastik bungkus makanan dan bentukkan macam dalam gambar (langkah ini kena cepat buat sebelum adunan sejuk, kalau dah sejuk susah nak bentuk)
  5. Masukkan dalam peti sejuk, lepas sehari dah boleh potong.

Info: Biasa buat ikut resipi ini boleh dapat dalam 7 plastik. Dalam 15 minit dah siap bungkus.

Kredit: Rafidah Mokhtar

IKLAN