Biskut Bangkit Cheese Rangup & Cair Dimulut

Share

Buat biskut ni sudah tidak mengira musim. Jika beli musim perayaan harga biskut pun melambung tinggi. Jomlah kita buat sendiri Biskut Bangkit Cheese. Biskut ni sedap sangat, rapuh ,cair dimulut rasa cheese yang puas sangat. Sekali makan gerenti ketagih.


Biskut bangkit cheese
Bahan-bahan:
3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tpg jd ringan)


3 cawan tepung jagung
1 ketul butter cup
250g cream cheese tatura
1 cawan gula halus (ikut kemanisan disukai)
2 biji kuning telur
1 sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
1 ketul cheddar

1. Tepung jagung,tepung ubi,baking powder ayak terlebih dahulu.
2.Putar butter,gula sehingga kembang,masukkan cream cheese,esen vanilla dan kuning telur putar lagi hingga kembang sebati.
3.Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit putar seketika.

4.Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan,parutkan cheddar gaul sebati,jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi.

5.Biarkan doh dalam beberapa minit kemudian tekap acuan.

6.Panaskan oven atau air fryer, bakar pada suhu 170-30 minit ikut oven masing-masing.Kalau tak cukup masak ditambah masa.Biar kekuningan seperti di bawah, anda akan rasa cair dimulut dan rangup-rangup cheese tu.

Kredit: SuiSan Aliezsha

 

IKLAN