Biscoff Butter Cookies Rangup & Berkrim, Memang Kegemaran Ramai

Share

Biskut yang satu ni gerenti menjadi kegemaran ramai. Semasa membakar dah bau harum aromanya.Kudapan ni tak rugi buat banyak.Minum pula air kopi, memang padanan yang ideal.Jomlah kita buat.

 

Biscoff butter cookies

Bahan-bahan:

500g pure butter

150g gula icing

1 sudu teh butter vanilla

60ml susu full cream/susu segar

400g tepung gandum

130g tepung jagung

180g serbuk biskut lotus biscoff

 

Untuk hiasan atas biskut:

100g biscoff creamy spread

50g biskut lotus biscoff- dihancurkan

 

Cara membuat:

1.Campurkan butter dan gula icing kacau selama 5 minit.

2.Masukkan butter vanilla dan susu, kacau hingga sebati.

3.Masukkan tepung sedikit-sedikit, kacau sebati.

4.Masukkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan. Gaul hingga sebati.

5.Guna nozel 864, tekan adunan membulat menggunakan piping bag.

6.Tekan bahagian tengah biskut, paipkan sedikit biscoff creamy spread dan taburkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan.

7. Bakar pada suhu 170 selama 25 – 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

Kredit: Nur Masri

 

IKLAN