Biji durian buat kerepek, dah beli durian mahal-mahal kenalah manfaatkan sepenuhnya. Selain isi yang sedap dimakan, biji durian pun boleh diolah jadi kerepek rangup yang sedap dan unik dengan rasa lemak-lemak.
Kerepek biji durian ini memang sesuai sangat dijadikan jajan. Tak rugi buat, nak tahu caranya? Ikut resipi mudah dari Rozana Hashim AsSalihin
ini.Biji durian
Garam
Minyak untuk menggoreng
1. Bersihkan biji durian dari sebarang isi dan kotoran. Jika rajin boleh buang sekali lapisan berwarna coklat, tapi boleh saja jika dibiarkan. Kemudian rendam dengan air garam semalaman.
2. Esoknya, bilas biji durian kemudian sagat nipis-nipis menggunakan penyagat biasa.
3. Selepas selesai disagat, biarkan selama lebih kurang sejam dua sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian goreng menggunakan api perlahan. Kacau selalu, kerepek ini mengambil masa untuk garing jadi jangan gunakan api yang terlalu perlahan, supaya tak mengambil masa yang lama untuk menggoreng.
5. Tanda kerepek sudah masak, ia akan rasa ringan bila kacau. Waktu ini bolehlah diangkat dan tos.
6. Biarkan sejuk, kemudian boleh simpan dalam bekas kedap. Kerepek biji durian ini sedap kerana ada rasa lemak-lemak.
Kredit resipi & foto: Rozana Hashim AsSalihin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA