Bihun Goreng Udang Kering, Resipi Warisan Ni Memang Lain Rasanya

Share

Bihun goreng memang jadi kegemaran ramai. Dapat pula bihun goreng yang enak rasanya. Terkenang zaman atuk nenek kita dulu, masak simple seperti bihun goreng ni memang bertambah makan. Mungkin air tangan orang lama lain macam sedapnya. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Mohd Shukur Mohd Shukur ni. Khabarnya ia juga resepi dari arwah tok neknya. Jomlah kita cuba

BIHUN GORENG UDANG KERING

BAHAN-BAHAN:

1 paket bihun (rendam air biasa)
1 paket kecil udang kering
3 biji bawang rose*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili kering*
Belacan bakar (sikit saja)*
Asam Jawa (Agak besar duit 20 sen)*
12 sudu teh gula
2 sudu teh MSG
½ sudu teh × 7
1/2 sudu teh serbuk kunyit*

CARA MEMASAK:
  1. Bakar belacan.
  2. Kisar bahan yang bertanda*sampai hancur (air jangan banyak)
  3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak, masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
  5. Kacau sebati bihun, buka api slow untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
  6. Kredit: Mohd Shukur Mohd Shukur

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN