Biarkan Semalaman, Ini Petua Buat Kek Belacan Lebih Sedap

Share

Kek Belacan, sejenis kek yang tidak asing lagi andai berkunjung ke Sarawak. Lembut, padat memang sedap. Bagi anda yang nak cuba hasilkan sendiri kek ini, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba buat untuk keluarga. Selamat mencuba!

 

RESEPI KEK BELACAN YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 buku mentegabeli online disini
10 biji telur 
3 sudu makan ovelatte beli online disini
2 cawan gula halus beli online disini
2 cawan tepung Hong Kong beli online disini


1 ½ tin kecil susu pekat manis beli online disini
1 ½ tin kecil seri kaya beli online disini
1 tin kecil nestle cream beli online disini
¾ cawan Horlicks beli online disini
2 sudu makan serbuk koko beli online disini
½ cawan browning sugar / gula hitam sarawak beli online disini
1 sudu teh esen vanilla beli online disini

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:
1.Pukul mentega, ovelatte dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Seterusnya masukkan susu pekat manis, kaya, Horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar. Sebatikan.
4. Akhir sekali, masukkan tepung. Sebatikan lagi hingga tiada ketulan dan adunan sempurna.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 4 jam. (empunya resipi guna loyang bersaiz 10×10)

PETUA: Mengikut nasihat kawan dari Sarawak, bila siap dikukus, kek ini boleh dibiarkan semalaman sebelum dimakan supaya rasanya jadi lebih sedap.

NOTA:

  • Adunan kek ini banyak. Jadi jika nak buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagi adunan kepada separuh sahaja.
  • Kek rasa lebih sedap jika guna browning sugar yang khas untuk membuat kek sarawak. Empunya resipi tiada bahan tersebut jadi beliau guna browning sugar yang diolah sendiri.

BAHAN MEMBUAT BROWNING SUGAR:

  • 1 ¼ cawan gula pasir
    2/3 cawan air panas

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan gula hingga cair dan keperangan.
2. Masukkan air, kacau sebati. Kemudian sejukkan.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN