Makan

Bergedil Ayam Tempe, Sekali Cuba Terus Nak Lagi!

Share

Kalau anda penggemar bergedil, resipi kali ini memang wajib dicuba! Kita biasa jumpa bergedil daging atau kentang, tapi kombinasi ayam kisar dan tempe dalam satu gigitan ini memang lain macam. Rasa dia bukan saja lebih ringan dan sihat, malah teksturnya pun unik – rangup di luar, lembut berperisa di dalam.

Resipi ni sesuai sangat untuk yang nak cari idea lauk, kudapan, atau menu bekal ke pejabat. Nak buat banyak dan simpan pun boleh! Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak sediakan Bergedil Ayam Tempe yang gerenti buat orang bertanya, “Eh, mana beli ni? Sedapnya!”

BERGEDIL AYAM TEMPE

Bahan – bahan :

100gm ayam kisar – digoreng

3 biji ubi kentang – potong kecil dan goreng

tempe – 1 keping

1/2 biji bawang merah – potong dadu

1 biji cili merah – hiris

1 tangkai daun bawang – hiris

garam dan serbuk perasa secukupnya

2 biji telur – untuk menggoreng

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin