Kesihatan

Berat Badan Naik Selepas Puas Beraya Ke? 5 Jenis Diet Ini Boleh Cuba

Share

‘Esok nak diet lah!’ ialah antara kata-kata atau ayat yang kita sendiri kadang- kala tidak mampu nak laksanakan.

Berikut ialah jenis-jenis diet yang popular bagi menghilangkan lemak tepu yang telah anda kumpul semasa berkunjung ke rumah terbuka rakan-rakan mahupun sanak saudara. Nak sihat dan kurus haruslah kene disiplinkan diri kan? Selamat mencuba!

 

Diet Paleo

Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang zaman batu mempunyai teori bahawa sakit moden yang masa sekarang ini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijiran, tenusu dan juga makanan yang telah diproses. Diet Paleo lebih fokus pada pemakanan seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan mengelak pengambilan makanan yang diproses, gula, tenusu dan juga bijiran.

Diet Atkins

Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Diet atkins akan menolong dari segi kawalan tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pemakanan yang betul.

Diet Atkins dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah merupakan makanan yang mengandungi protein dan lemak serta mengelak daripada mengambil karbohidrat. Antara sebab utama diet ini berkesan adalah kerana ianya mengurangkan selera anda untuk mengambil makanan yang akan meningkatkan berat badan anda.

 

Diet Vegetarian

Kebanyakan vegetarian adalah lacto-ovovegetarians, dalam erti kata lain, mereka tidak makan makanan yang berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit, dan secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada orang yang makan daging.

Diet Makanan Mentah (Raw Food)

Diet makan makanan mentah atau raw foodism, melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses, makanan tersebut berasaskan tumbuhan serta bahan organik yang ideal.

Bagi mereka yang ingin mencuba Raw Foodism, tiga perempat daripada pengambilan makanan anda harus terdiri daripada makanan yang belum dimasak. Sejumlah besar pengamal raw foodism turut merupakan vegan iaitu mereka tidak makan atau minum apa-apa yang berasaskan haiwan.

Terdapat empat jenis makanan mentah utama: vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.

Intermittent fasting

Puasa secara berselang-seli adalah corak makan yang mana kitaran pemakanan adalah antara tempoh puasa dan makan. Daripada menyekat anda daripada makan, diet ini menandakan masa untuk anda perlu makan.

Puasa secara berselang-seli biasanya diamalkan untuk menurunkan berat badan kerana memudahkan proses penyekatan kalori anda.

Terdapat 4 kategori Puasa berselang-seli iaitu

  • Metod 16/8: Tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja.
  • Metod Makan-berhenti-makan : Melibatkan anda berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu
  • Diet 5:2: Menghadkan pengambil kalori hingga 600 kalori 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya.
  • Diet Pahlawan: Hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang besar pada waktu malam.

Tapi haruslah ingat amalkanlah mengikut kemampuan anda. Diet, diet juga, senaman tetap kena buat juga. Lemak tepu itu takkan dapat hilang dengan mudah.

Selamat Berdiet!

Kredit: Y.Helmy 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

IKLAN