Bengkang Roti Gardenia. Sebelum Tamat Tempoh Elok Buat Ni

Share

Bengkang roti Gardenia hampir tamat tempoh. Baik buat kuih bengkang. Roti antara makanan yang sering kali dibeli untuk bekalan di rumah. Kalau tak tahu nak makan apa, sapu planta/kaya dah boleh makan.

Roti juga boleh menjadi pelbagai masakan. Tapi, kadangkala roti tak habis juga dimakan sedangkan dah hampir tamat tempoh. Mulakan

terfikir-fikir apa nak buat.

Ha..boleh cuba buat bengkang roti ni. Tak susah mana pun. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini ye (resipi asal daripada ahli MAHN). Sedap. Rasa lemak manis.

Bengkang Roti Gardenia

Bahan-bahan:

7 keping roti putih

3 cawan santan

2 biji telur

¾ cawan gula – boleh beli online di sini

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

bijan (pilihan) – boleh beli online di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Carik-carikkan roti dan rendam bersama dua cawan santan dalam satu bekas. Ketepikan.

Kisar secawan lagi santan bersama telur, gula, garam dan tepung. Campurkan kesemua bahan tadi dengan rata.

Sapukan minyak pada loyang, tuangkan adunan tadi. Tabur bijan jika suka.

Kemudian bakar dengan suhu 130C sehingga kekuningan. Anggaran dalam 50 minit.

Siap! Sedap tau. Lemak manis rasanya.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN