Bendi goreng crispy ini boleh jadi idea untuk hidangan bendi selain dicelur atau digoreng.
Bila digoreng garing dengan salutan tepung yang ringan dan rangup, sayur ini terus jadi kegemaran ramai bahkan boleh buat yang tak suka sayur pun boleh jatuh hati!
Rasa bendi yang manis semula jadi dipadankan pula dengan tekstur crispy di luar dan lembut di dalam, memang enak. Resipi ini pun mudah dan bahan pun biasa-biasa saja.
Sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga atau sebagai snek petang hari. Bila dah buat sekali, selalunya akan repeat buat berkali-kali!
4-5 batang kacang bendi
2 sb tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
1 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
2 sb air
1 sb tepung campuran Bestari
1. Bersihkan bendi, keringkan betul-betul. Kemudian belah empat.
2. Gaulkan bendi dengan tepung gandum hingga menyaluti semua bahagian. Ketepikan seketika.
3. Dalam mangkuk satukan telur, garam, tepung gandum, tepung beras dan air. Kacau rata menjadi adunan.
4. Ambil bendi lalu gaulkan denga adunan tadi satu persatu. Kemudian tabur tepung Bestari.
5. Panaskan minyak dan goreng bendi hingga nampak garing. Angat dan tos.
Bendi goreng crispy ini sesuai dihidang bersama nasi panas, lauk berkuah atau dinikmati begitu saja sebagai snek. Anak-anak pun suka sebab rasa rangup macam makan jejari goreng!
Kredit resipi & foto: Mahani Hussain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA