Belajar Cara Masak Mi Celup & Pho Yang Mudah Dan Sedap.

Share

Dalam episod ketiga rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam dan Ili Sulaiman berkongsi pula cara-cara memasak Mi Celup yang sangat terkenal di negeri Kelantan dan juga hidangan Pho yang menjadi kegemaran rakyat Vietnam. 

Kedua- duanya memang sangat sedap dan membuka selera.Nak tahu apa persamaan serta perbezaan antara dua menu ni? Jom lihat cara-cara penghasilannya.  

 

1. PHO 

BAHAN KUAH SUP PHO: 

  • 600gm ekor lembu
  • 500gm tulang tengkuk lembu
  • 500gm tulang sumsum lembu
  • 1 biji bawang holland/kuning
  • 2 inci halia
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu makan lada putih
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 10 liter air

CARA MEMASAK:  

1. Bakar bawang holland bersama halia hingga hangus. Kemudian barulah dikupas kulitnya.   

2.Rebus tulang bersama air selama satu jam. Kemudian buang air.  Ia bertujuan bagi membuang rasa hanyir. 

3. Masukkan kembali tulang tadi ke dalam periuk. Rebus kembali bersama kesemua bahan-bahan lain hingga empuk dan perasa kuah sempurna. 

BAHAN MEMASAK PHO: 

  • Mi beras kering / kuatiau halus secukupnya – celur seketika
  • 800gm daging lembu mentah ( bahagian top round) – hiris nipis
  • Tauge secukupnya
  • Hirisan bawang holland secukupnya
  • Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Kuah sup Pho

BAHAN HIASAN: 

  • Daun basil Thai
  • Limau nipis
  • Cili padi merah
  • Sos Sriracha
  • Sos Hoisin
  • Sos ikan

CARA MENGHIDANG: 

1. Masukkan tauge ke dalam mangkuk dan juga mi.  

2. Letakkan hirisan bawang holland, daun sup, daun bawang dan juga daging mentah yang telah dihiris nipis. 

3. Tuang kuah Pho yang betul-betul panas dan tabur serbuk lada hitam secukupnya. 

4. Hidangkan bersama bahan sampingan. Sedia untuk dinikmati. 

Tonton video cara masak Pho:

2. MI CELUP 

BAHAN-BAHAN: 

  • Mi kuning secukupnya
  • 1.5 liter air
  • 1 keping daging batang pinang
  • 1 uncang sup bunjut
  • 2 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 keping sengkuang kering
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Beberapa biji Goji Beri
  • Lada hitam secukupmya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap manis secukupnya
  • Kangkung
  • Tauge

BAHAN SAMPINGAN: 

  • Sos ikan
  • Emping cili
  • Kacang tumbuk
  • Limau nipis
  • Bawang goreng
  • Daun bawang & daun sup

 CARA MEMASAK: 

1. Rebus daging bersama sup bunjut, halia, kayu manis, sengkuang kering, bunga lawang dan goji beri.  

2. Tambahkan garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya. Rebus selama 1 jam. 

3. Kemudian masukkan kicap manis. Kacau rata dan rasa kuah.  

4. Untuk menghidangkan mee celup, celur mi bersama tauge dan kangkung. Angkat dan toskan airnya. 

5. Masukkan mi ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan daging yang direbus dalam sup tadi. 

6. Tuang sup dan nikmati bersama sos ikan, emping cili, kacang tumbuk, limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun bawang serta daun sup. 

7. Sedia untuk dinikmati. 

Tonton video cara masak Mi Celup:

Jom cuba!

  • Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
  • Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
IKLAN