Belajar Cara Masak Chicken Adobo & Ayam Masak Kicap Paling Sedap Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara

Share

Dalam episod kedua rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara  Adam Didam dan Ili Sulaiman akan berkongsi cara-cara memasak Chicken Adobo yang terkenal di Filipina dan juga menu Ayam Masak Kicap yang tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Nak tahu apa persamaan serta perbezaan antara kedua menu ni? Jom lihat resipi dan cara-cara penyediaannya.

 

1. AYAM MASAK KICAP

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong 8
  • Asam keping
  • Minyak
  • Gula
  • Garam

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada putih

BAHAN KISAR:

  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering yang telah direndam di dalam air panas

BAHAN KUAH/GRAVY:

  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan minyak
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji lada benggala (merah@hijau)
  • Daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap dengan bahan perapan.

2. Kisarkan kesemua bahan seperti halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga menjadi pes.

3. Masukkan minyak ke dalam kuali. Goreng ayam separa masak. Simpan bahan perapan untuk diletakkan di dalam sos.

4. Tumis bahan yang dikisarkan sehingga wangi dan pecah minyak. masukkan bahan perapan, asam keping, kicap pekat dan ayam yang digoreng sebentar tadi. Biarkan selama 5 minit.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan bawang holland dan lada benggala. Hiaskan dengan daun bawang. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Video:

2. CHICKEN ADOBO

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • Air
  • Cili padi
  • Minyak

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan cuka
  • Garam
  • 1 sudu makan lada Hitam (biji)
  • 1 ½ sudu makan gula perang
  • 2 helai daun salam
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2-3 bawang merah kecil

CARA MEMASAK:

1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap dengan bahan perapan selama 10 minit

2. Panaskan kuali, tuang sedikit minyak dan masukkan bawang putih.

3. Masukkan ayam yang diperap dengan bahan perapan sebentar tadi.

4. Masukkan air mengikut citarasa sendiri. Tutup kuali dan biarkan ayam masak sepenuhnya.

5. Masukkan beberapa biji cili padi. Gaul rata dan sedia untuk diangkat dan dinikmati.

Video:

BACA JUGA:

Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1

IKLAN