Begini Caranya Buat Solok Lada Yang Sedap

Share

Makan nasi kerabu tanpa solok lada rasa tak lengkap.Lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan dan santan. Kalau anda membuat nasi kerabu, jangan lupa buat sekali solok lada. Ikut resipi yang dikongsi oleh Aishah Toke Kek ni pasti menjadi.

SOLOK LADA

Bahan-bahan:

20 biji lada solok

12 ekor ikan selayang

5 ulas bawang merah

1 inci halia

Kelapa parut putih RM3

150ml santan untuk merebus solok lada.

Cara membuat:

 

  1. Ambil isi ikan mentah yang dibuang tulang.

  1. Belah memanjang lada dan buang biji.

  1. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.

4.Perasakan dengan garam dan gula.

5.Sumbat bahan inti ke dalam lada.

  1. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)

7.Rebus sehingga santan kering. Dah siap.

Kredit : Aishah Toke Kek

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

 

IKLAN