Begini Buat Tauhu Sumbat Ayam Lada Hitam Sedap dan Menyelerakan

Share

Bahan asas tauhu boleh diolah untuk dijadikan pelbagai menu. Selain buat Tauhu Sumbat Ayam Lada Hitam, pelbagai lagi masakan yang boleh dihasilkan daripada tauhu seperti tauhu sumbat, tauhu begedil dan tauhu masak sambal.

Tapi, resipi tauhu sumbat kali ini boleh diolah dan dipelbagaikan. Jika tak makan ayam, boleh sesuaikan ikut cita rasa. Boleh tukar ayam kepada daging, ikan dan lain-lain.

Menu ini sesuai untuk minum petang. Memang mengenyangkan sampai ke malam. Jom kita ikuti resipi perkongsian daripada Nanie Rosnani

ini.

BAHAN-BAHAN:

INTI SUMBAT

Isi ayam*

Sos lada hitam* – Boleh beli online di sini

Sos tiram* – Boleh beli online di sini

Serbuk lada hitam* – Boleh beli online di sini

BAHAN GAUL

Daun sup (dihiris halus)

Daun bawang (dihiris halus)

Bawang besar (dipotong dadu) – Boleh beli online di sini

Cili merah (dipotong dadu) – Boleh beli online di sini

Isi tauhu (yang dikeluarkan tadi)

Isi ayam (yang telah di grill dan ditumbuk)

Garam

Lada sulah – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Grill bahan bertanda * sehingga masak. Kemudian, hancurkan kesemuanya. Boleh tumbuk dalam lesung batu juga.

Gorengkan tauhu dan keluarkan isi tauhu di tengah-tengah.

Setelah itu, gaulkan kesemua bahan bertumbuk dan bahan gaul sehingga sebati.

Kemudian, sumbatkan tauhu tadi dengan inti sampai penuh.

Akhir sekali, celupkan tauhu tadi ke dalam telur dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas.

NOTA: Untuk resipi tauhu sumbat ini, jika nak tukarkan ayam kepada ikan, daging atau ayam pun boleh. Cara paling mudah, rebus atau kukus ikan dan dan campurkan ke dalam bahan sumbat.

Jika nak guna daging atau ayam, boleh saja gunakan daging cincang yang kita buat burger tu. Caranya, hancurkan dulu daging atau ayam tu, kemudian bolehlah grill.

Selamat mencuba.

Kredit: Nanie Rosnani

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN