Bebola Taro Dengan Cheese Tarik Kaw Kaw, Resipi Olahan Uncle Joshua Loh Ni Memang Enak & Menyelerakan!

Share

Ubi keledek merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira Melayu, Cina atau pun India. Kebiasaannya ubi keledek ni kita akan rebus atau goreng. Tak sangka yang ubi keledek juga boleh dijadikan bebola berintikan keju. Ternyata resipi olahan Uncle Joshua Loh ini menjadi dan nampak sungguh menyelerakan.

Paling penting, beliau menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella kerana keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Keju Perfect Italiano Mozzarella ini juga memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan.

BEBOLA TARO DENGAN CHEESE TARIK KAW KAW

Bahan-bahan:

  • 300gm keledek kukus
  • 150gm tepung kanji
  • 150gm air panas
  • 200gm butter
  • 2gm serbuk pati ayam
  • 1gm serbuk 5 rempah
  • 2gm baking soda
  • 4gm gula

Bahan-bahan Bebola Cheese:

  • 200gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 1 batang cili merah | hiris halus
  • Serbuk lada putih secukupnya

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Cara Memasak:

  1. Untuk penyediaan doh; potong dan stimkan ubi keledek sehingga lembut.
  2. Masukkan tepung kanji dan air panas. Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Di dalam mangkuk, lenyekkan ubi keledek. Tambahkan mentega, serbuk pati ayam, baking soda, gula dan serbuk 5 rempah. Masukkan adunan tepung kanji tadi ke dalam mangkuk. Gaul sebati hingga menjadi doh. Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  4. Untuk penyediaan cheese filling; masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam mangkuk.
  5. Masukkan bawang merah, cili merah dan serbuk lada putih. Gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat.
  6. Untuk menyediakan bebola; ambil sedikit doh lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan kiub keju. Bentukkan bulat.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bebola sehingga keperangan dan berbentuk seakan honeycomb. Keju akan mencair di dalam. Hidangkan panas.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN