Bebola Kek Coklat Cheese Puas Hati Makan, Mewah Dengan Rasa Coklat

Share

Tak payah tunggu raya nak buat biskut mahupun kek. Buat kudapan ni gerenti anak-anak pun suka. Mewah dengan rasa coklat yang membuatkan sesiapa yang merasa pasti rasa puas hati.Buatnya pun mudah.

Bebola kek coklat cheese

Bahan-bahan:

1 peket biskut marie,perisa coklat atau asli. Mana-mana pun boleh,kisar halus,gaul bersama

250g cheese tatura

Kalau nak lebih sikit manis,tambah je gula icing,kalau tak nak manis tak perlu letak

Bulat-bulatkan

Double boiler coklat masakan

Golek bebola dalam coklat cair.Kalau nak tabur badam,panggang sekejap.

Sejukkan. Dah siap

*lepas celup dalam coklat cair,letak dalam paper cup dan terus masuk peti ais)

Kredit:Ieda jahaya

 

IKLAN