Bahan Sikit, Sekejap Je Dah Siap. Resipi Bingka Susu Paling Mudah

Share

Suka makan Bingka Susu? Mudah sahaja resipinya. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan cara membuatnya juga mudah. Pendek kata jika terasa nak makan, boleh buat cepat tanpa perlu fikir lama. Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti Aliah Rosli ni. Pasti puas hati.

 

CARA MEMBUAT BINGKA SUSU SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka) beli online disini


1 1/2 tin tepung gandum (guna tin susu pekat manis) beli online disini
3 tin air (guna tin susu pekat manis) 
4 biji telur (apa-apa saiz)
1 sudu makan planta / margerin beli online disini
Sedikit esen vanilla beli online disini
Garam secukupnya

 

Dapatkan COPPER DIAMOND BAKEWARE SET dengan harga diskaun DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis, tepung gandum, margerin planta, air, telur, esen vanilla dan garam. Kemudian kisar hingga sebati.
2. Setelah semua bahan tercampur rata dan sebati, tapis bahan tadi supaya tidak ada adunan yang berketul.


3. Ambil loyang yang bersesuaian dan sapu margerin hingga rata.
4. Tuang adunan tadi da bakar dalam ketuhar hingga masak dan garing ikut sesuai selera masing-masing. (ada yang masak guna suhu 200c selama 1 jam 15 minit)


5. Bila Bingka Susu telah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika sebelum dipotong dan dinikmati.

INFO: Jika tiada ketuhar, boleh bakar guna pemanggang ajaib.

 

Kredit resipi & foto: Siti Aliah Rosli

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN