Badan Rasa Kurang Selesa? Cuba Jus Serai Ni. Kaya Aroma & Buat Badan Rasa Lega.

Share

Selain menyedapkan makanan, serai juga boleh dijadikan minuman yang sihat dan bagus untuk badan. Jom cuba. Pasti anda akan rasa lebih segar.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang serai
  • 5 gelas air
  • 5-6 sudu makan gula pasir
  • Daun pudina
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam jug bersama gula, kacau hingga gula larut.
  2. Titik serai, kemudian masukkan dalam air untuk memberikan rasa dan aroma.
  3. Masukkan ais, sebatang serai titik dalam gelas.
  4. Tuang jus serai dan hias dengan daun pudina.
  5. Sedia dihidankan.

 

INFO CHEF: Selain diminum sejuk, jus ini juga boleh dihidangkan panas-panas.

IKLAN