Ayam Teriyaki. Menu 30 Minit Yang Anda Boleh Cuba Untuk Hidangan Anak-Anak Hari Ini.

Share

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam
  • 1 sudu makan air sejuk
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih| dicincang
  • 1/2 sudu teh serbuk halia
  • Nasi jepun secukupnya
  • Sedikit bijan | disangai

CARA MEMASAK:

  1. Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
  2. Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
  3. Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
  4. Nikmatinya bersama nasi jepun atau nasi biasa.
IKLAN