Ayam  Sos Thai Daun Limau Purut Boleh Buat Ketagih.

Share

Anda wajib cuba resipi Ayam Cili Daun Limau Purut  yang RASA kongsikan ini,  rasanya masam, manis, pedas dan kaya dengan aroma daun limau purut.  Selain sedap menu ini juga sangat ringkas dan mudah untuk anda cuba, sesuai sangat sebagai hidangan tengahari.

AYAM SOS THAI  DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 300 isi dada ayam | potong dadu sederhana,  cuci bersih dan tos
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN SOS:

  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan gula Melaka  | hancurkan
  • 1 sudu makan chile Flakes
  • 3 helai daun limau purut | hiris halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukupnya

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:

Campurkan tepung, garam dan lada sulah dalam mangkuk berisi ayam, gaul rata dan goreng hingga garing. Ke tepikan.

LANKGAH 2: Masukkan  pes cili Thai, Sos tiram  dan gula Melaka,kacau rata.

LANGKAH 3:Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Terus kacau.

LANGkH 4: Masukkan pula chile Flakes, kacau rata.

LANGKAH 5:  Setelah cukup rasa masukkan pula hirisan dan limau purut dan bawang putih.

LANGKAH 6: Setelah sos siap masukkan ayam goreng tadi dalam mangkuk berisi sos dan gaul rata. Setelah siap ayam sedia dihidangkan.

IKLAN