
Anda wajib cuba resipi Ayam Cili Daun Limau Purut yang RASA kongsikan ini, rasanya masam, manis, pedas dan kaya dengan aroma daun limau purut. Selain sedap menu ini juga sangat ringkas dan mudah untuk anda cuba, sesuai sangat sebagai hidangan tengahari.
AYAM SOS THAI DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- 300 isi dada ayam | potong dadu sederhana, cuci bersih dan tos
- 3 sudu makan tepung jagung
- Secubit garam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN SOS:
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan pes cili Thai
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan gula Melaka | hancurkan
- 1 sudu makan chile Flakes
- 3 helai daun limau purut | hiris halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukupnya
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Campurkan tepung, garam dan lada sulah dalam mangkuk berisi ayam, gaul rata dan goreng hingga garing. Ke tepikan.
LANKGAH 2: Masukkan pes cili Thai, Sos tiram dan gula Melaka,kacau rata.
LANGKAH 3:Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Terus kacau.
LANGkH 4: Masukkan pula chile Flakes, kacau rata.
LANGKAH 5: Setelah cukup rasa masukkan pula hirisan dan limau purut dan bawang putih.
LANGKAH 6: Setelah sos siap masukkan ayam goreng tadi dalam mangkuk berisi sos dan gaul rata. Setelah siap ayam sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Mentega Cili Kering, Menu Enak Untuk Berbuka

Nikmatnya bila dapat makan Ayam Mentega Cili Kering ni dengan nasi putih panas-panas. Terasa keenakan mentega serta rasa pedas dari cili kering tu. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Untuk menambahkan lagi keenakan hidangan ini, gunakan Anchor Cooking Cream sebagai pengganti santan dan Anchor Unsalted Butter untuk hidangan yang lebih harum. Hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Jangan lupa cuba tau!
AYAM MENTEGA CILI KERING
Bahan-bahan:
- 400gram ayam – potong kecil
- 200gram Anchor Unsalted Butter
- 150ml Anchor Cooking Cream
- 8 tangkai cili kering – potong pendek
- 1 labu bawang besar – belah empat
- 4 ulas bawang putih – cincang halus
- 2 tangkai daun kari
- Garam, gula & lada sulah secukupnya
- Tepung jagung secukupnya
- Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada ayam lalu gaul sebati. Lumurkan ayam dengan tepung jagung sepenuhnya.
- Cairkan Anchor Unsalted Butter lalu goreng ayam hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 3 sudu makan mentega menggoreng ayam tadı di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan ayam goreng dan hirisan cili kering. Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan hingga hampir kering.
- Tambah garam dan gula secukupnya. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
- Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Sangat sedap! Resipi Kerang Bakar Ala Parameswara

Sedapnya Kerang Bakar. Bagi anda yang menggemari sajian ini, bolehlah cuba masak sendiri menggunakan resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira. Menu enak tentunya membuka selera dan lebih enak dinikmati jika dimasak sendiri. Jom cuba.
CARA MASAK KERANG BAKAR ALA PARAMESWARA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kerang – dicuci bersih kulitnya
- Aluminium foil/daun pisang
- Beberapa tangkai daun kesum
BAHAN KISAR:
- 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh – beli online disini
- 2 biji buah keras – beli online disini
- 6 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2 hiris lengkuas
- 1 inci kunyit
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kisar (kecuali cili boh). Tumis bersama cili hingga pecah minyak (seperti masak sambal)
2. Masukkan daun kesum, garam, gula dan aji secukup rasa. Ketepikan.
3. Masukkan kerang ke dalam aluminium foil. Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi.
4. Bakar selama 5 minit dengan suhu 170c atau sehingga masak.
5. Kerang ini juga boleh terus di masak dalam kuali dengan cara gaul kerang bersama perencah sambal ikan bakar.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yang luas dan peribadinya yang sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yang mengenalinya.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pada Datin sudikah untuk berkongsi resipi dari air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.
Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dari air tangan beliau jauh dari apa yang diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua makan.
Turut meriah pada hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yang merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam gini, sambil makan sambil bertukar cerita,” akui beliau.
Masakan yang digemari keluarga
Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan makan makanan berkoleksterol tinggi memandangkan dalam keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan, anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yang berebus.
“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.
Akui beliau banyak mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dengan asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.
“ Tak ada rahsia dalam masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dalam keluarga yang pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.
Dalam mencari bahan basah untuk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yang menawarkan barang yang segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.
Menurut beliau, tiga masakan utama pada hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka makanan laut. Boleh dikatakan setiap minggu makan ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop makan atau masak makanan laut,” ceritanya.
Sempat juga berkongsi tip masakan, bagi masakan bercili, cili perlulah digoreng hingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak makan. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.
KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Bahan B
15 biji cili api-kisar
2 biji cili merah- kisar
2 inci kunyit hidup-kisar
1 cawan air
Cara memasak:
- Masukkan bahan yang dikisar. Ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
- Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
- Perasakan garam dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
SOTONG MASAK KICAP
BAHAN A
3 ekor sotong (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong empat)
1 pokok daun bawang (dipotong kecil)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
BAHAN B
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.
- Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
- Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.
- Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN A
500 gram udang
30 biji petai
1/2 cawan air asam jawa
3 tangkai serai (diketuk)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam & gula secukup rasa
1 labu bawang besar
BAHAN B (DIKISAR)
20 tangkai cili kerlng
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.
- Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan