Makan

Ayam Sambal Bawang, Sekali Rasa Mesti Terus Suka

Share

Ayam sambal bawang ini memang sesuai untuk buat penggemar ayam sambal. Ia memberi kelainan rasa berbanding ayam sambal biasa. Pedas, wangi dan menyengat hasil dari penggunaan bawang. Dah cuba masak sekali, mesti suka punya!

Ayam sambal bawang yang simple dan sedap

Bahan untuk ayam

½ ekor ayam – dipotong kecil
Garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk perap & goreng separa masak)

Bahan sambal

2 biji bawang besar – dihiris halus (digoreng hingga kekuningan dan ketepikan)
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
Sehiris halia *

Bahan lain

3-4 sudu besar cili kering kisar
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi hijau (kalau suka lebih pedas, boleh tambah)

Cara penyediaan

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng separa masak. Ketepikan.

2.Kisar bahan bertanda hingga hancur. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukkan cili kering kisar dan gula. Masak hingga sambal pecah minyak.

4. Masukkan sos cili dan sedikit air. Gaul rata.

5. Tambahkan ayam goreng tadi ke dalam sambal. Kacau sebati.

6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.

Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan cili padi hijau. Gaul sekejap dan angkat.

Tip Ekstra
Jika mahu sambal lebih wangi dan tahan lama, tambah sedikit minyak semasa tumis bahan kisar dan pastikan betul-betul pecah minyak sebelum masuk ayam.

Kredit resipi & foto: Norashikin Ismail

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose