Kian menghampiri Hari Raya menu rendang sememangnya dinantikan. Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini bersama artis jemputan Mia Nasir menyediakan hidangan Ayam Rendang Cili Api. Aril Pilus tiba di kampung halaman Mia Nasir di Negeri Sembilan. Cantik sungguh perkarangan kampung halaman Mia.
Sambil menyediakan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam ni, Aril bertanya tentang resipi tersebut. Menurut Mia resipi Ayam Rendang Cili Api jadi kemestian di kala berbuka. Ia merupakan resipi dari ibunya. Mia tidak keseorangan ditemani oleh adik bongsunya dalam menyediakan hidangan berbuka pada hari itu. Memang leka melihat kedua adik beradik ini, sudahlah cantik, pandai memasak pula.
Menurut Mia untuk memberi keenakkan pada masakan rendang itu, dia menambah AJI-NO-MOTO® Penambah Perisa.AJI-NO-MOTO® boleh naikkan rasa asli daripada semua bahan-bahan dalam masakan. Baru dimasukkan garam, dengan ini, kita boleh kurangkan garam, masakan tetap sedap.
Sebagai pelengkap hidangan adik Mia memasak hidangan kedua, Lempeng Kelapa Manis. Buatnya pun mudah menggunakan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang.Tepung ini memang berbeza dengan tepung yang ada di pasaran. Ada rasa vanila yang sedap, memang sesuai dengan rasa kelapa.
Dikongsikan resipi buat anda untuk mencubanya.
AYAM RENDANG CILI API
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong 14
1 sudu besar serbuk kunyit – untuk naikkan warna
½ kg santan pekat
3 helai daun limau purut
1 sudu kecil cili kering kisar
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
Ads
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 helai daun kunyit – dihiris
Bahan-bahan (A): Dikisar
2-3 biji bawang besar
15 biji cili padi hijau dan merah – jika suka pedas
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Kisar bahan-bahan (A), jangan terlalu hancur supaya tekstur rendang tidak terlalu halus.
Ads
2.Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan-bahan (A) ke dalam kuali dan nyalakan api kecil dan masak seketika sehingga air ayam kering.
3.Setelah air ayam kering, masukkan santan pekat, daun limau purut dan cili kering kisar.
4.Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Kacau dengan perlahan, supaya ayam tidak hancur.
5.Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
6.Masak dengan api kecil sehingga kuah sedikit kering mengikut citarasa. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Sedia untuk dihidang.
LEMPENG KELAPA MANIS
Bahan-bahan:
250gm kelapa parut
2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
5gm serbuk penaik (baking powder)
Ads
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil garam
150gm gula
2 biji telur (optional)
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan gaul rata.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
3.Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali.
4.Setelah kuali panas, kecilkan api dan masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
5.Masak sehingga kedua-dua belah keperangan.
6.Sedia untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, Rasa Nostalgia RamadanBalik Kampung sudah memasuki episod ke 10. Cepatnya masak berlalu. Hari ini menyaksikan aksi Ali dari Kugiran Masdo bersama ibunya, Puan Sariah yang telah berkongsi sajian-sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan.
Ditemani pengacara Aril Pilus, banyak kisah nostalgia Ali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu yang ibunya tak tahu selama ni rupanya. Nakal juga ya. Siap curi-curi makan kuih di bulan puasa. Kan dah kena ‘sound’.
Sedap betul nampak Mee Bandung yang Puan Sariah ni masak. Ringkas je resipinya tapi bila air tangan mak-mak ni, nampak lebih enak dari biasa. Tak sia-sia Ali bergelut dengan ayam nak dapatkan telur segar untuk masak menu ni.
Bila petang, nak buat Kuih Cara Bergula. Boleh pula Ali dan Aril lena kan? Dah kena palu. Maklumlah, bulan puasa. Semuanya keletihan.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Memang berseleralah. Mudah dimasak, rasa pun enak.
Pasti ramai yang tak sabar nak cuba resipi dari Ali Masdo dan ibunya ini. Jadi jangan lupa salin resipinya ya. Pasti puas hati.
1. MEE BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
1 genggam udang kering
Air secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5-10 tangkai cili kering – dibuang biji, direbus
2 genggam kacang tanah goreng
2 keping biskut marie
4-5 tangkai sawi – dipotong
200 gram udang – dibersihkan
200 gram daging – direbus dan dihiris
1/2 ekor sotong kembang – hiris
3 cawan air rebusan daging
100gm kubis
1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan 2 sudu besar air (untuk gantikan biskut, jika suka)
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
1 paket mee kuning – dicelur dan ditapis
CARA MEMASAK:
Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, kacang goreng, biskut dan udang kering bersama air rebusan udang kering. Boleh juga guna air biasa.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan sotong dan daging. Masak hingga empuk kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
Masukkan udang, AJI-NO-MOTO®, sedikit gula dan secubit garam.
Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
Adunkan santan bersama SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang, telur, dan garam.
Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung.
Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk.
Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wah, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung sudah sampai ke penghujung rupanya.
Episod terakhir kali ini, membawakan barisan selebriti popular seperti Bell Ngasri, Joey, Kaza dan Aziz M Osman.
Haa, jangan tak tahu, rupanya Bell ni pandai memasak ye. Yang lain-lain tu pula, boleh juga membantu Bell menyiapkan sajian nostalgia yang sangat istimewa.
Menu nostalgia yang dikongsikan kali ini, Ayam Masak Merah dan Nasi Hujan Panas.
Macam-macam gelagat tau mereka berempat ni nak menyiapkan sajian istimewa ni. Joey terlupa nak hidupkan suis periuk nasi, Aziz pula terpaksa menahan pedih menumbuk bawang. Alahai…
Menu Ayam Masak Merah dan Nasi Hujan Panas ni, memang menjadi hidangan istimewa untuk hari raya dan juga majlis kenduri. Nak buat pun rupanya senang je.
Bila dah ada Ayam Masak Merah dan Nasi Hujan Panas, gandingannya kenalah ada Acar Timun. Kacang je nak buat acar timun ni. Yang penting kena bahan perasa daripada AJI-NO-MOTO dan SERI AJI.
Dan untuk melengkapkan lagi hidangan, kenalah ada air yang sedap dan istimewa kan. Kita bawakan sekali cara untuk menyediakan Air Mata Kucing!
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | dipotong kecil-kecil 1 biji bawang besar Holland | hiris 4 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 1 batang serai 1 inci halia 1 sudu besar SERI AJI® Rempah Gorengan Serbaguna 1 sudu besar SERI AJI® Perencah Masak Merah 540ml air 2 sudu besar minyak
CARA MASAK:
1. Kisar atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Sementara itu, gaulkan ayam dengan SERI AJI® Rempah Gorengan Serbaguna hingga sebati. 2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hanya separa masak. Angkat dan toskan. 3. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan bancuhan SERI AJI® Perencah Masak Merah. Kacau-kacau hingga pecah minyak dan mendidih. 4. Bila dah mendidih, masukkan ayam. Kacau hingga sebati semuanya dengan bahan rencah. 5. Kemudian, masukkan bawang besar Holland yang dihiris bulat. Gaul-gaulkan. Apabila dah masak semuanya, tutup api. Siap.
NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
Beras basmathi 1 biji bawang besar 4 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 sudu besar minyak 3 kulit kayu manis Bunga lawang secukupnya Buah pelaga secukupnya 2 helai daun pandan (diikat) 3 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
CARA MASAK:
1. Kisar atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak. 2. Tumiskan bahan kisar, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun pandan sehingga pecah minyak dan naik bau. 3. Kacau-kacau sekejap, kemudian tutup api. Tuang bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasik yang ada beras. 4. Masukkan juga TUMIX® Perencah Pati Ayam. Titiskan beberapa titik pewarna. Kacau-kacau bagi sebati. Kemudian, masaklah nasi seperti biasa.
AIR MATA KUCING
BAHAN-BAHAN:
4 cawan air ½ mangkuk gula batu 1 tin buah mata kucing ½ mangkuk gula merah 2 helai daun pandan (diikat)
CARA-CARA:
1. Panaskan air dalam periuk. Bila air dah panas, masukkan gula batu, buah mata kucing dan gula merah. Kacau-kacau. 2. Jangan lupa untuk masukkan daun pandan. Kacau-kacau hingga gula batu dan gula merah hancur. Bila dah mendidih, tutup api. 3. Tuang air mata kucing dalam jag dan masukkan ais. Sedia untuk dihidang.
ACAR TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji nenas | dipotong kecil-kecil 2 biji bawang besar Holland | dihiris 2 biji timun batang | dipotong dadu 2 biji cili merah | dipotong 3 sudu besar gula AJI-NO-MOTO secukupnya
CARA-CARA:
Campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas/mangkuk. Gaul-gaulkan sehingga semuanya sebati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wah-wah, episod kali ini Rasa Nostalgia Ramadan membawa anda menikmati pemandangan sawah di utara! Lagi meriah, pengacara Amy Mastura bukan main lagi menyanyi di tengah-tengah bendang kan.
Amy Mastura tidak keseorangan kerana dia ditemani penyanyi, Ezad Lazim dan juga anak saudaranya, Sabrina.
Bukan main kecoh mereka saling mengusik antara satu sama lain, sebelum memasak.
Resipi yang Ezad kongsikan kali ini ialah Bihun Sup Sambal Merah dan juga kuih Onde-Onde Gula Melaka.
Memang seronok dan asyik memasak dengan angin sepoi-sepoi bahasa di ladang sawah padi kan.
Meskipun Ezad banyak bercakap sambil mengusik Amy dan Sabrina, namun tangannya tetap laju menolong di dapur.
Resipi ini sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Jangan lupa mencuba resipi ini tau.
1. BIHUN SUP SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 peket bihun 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 kg ayam 2 sudu besar TUMIX Perencah Pati Ayam 1 batang kayu manis 5 biji bawang merah kecil | ditumbuk 5 ulas bawang putih | ditumbuk 1 inci halia | ditumbuk 1 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga Air secukupnya 2 sudu besar rempah sup 3 tangkai daun sup | dihiris 2 tangkai daun bawang | dihiris 2 batang serai | diketuk Bawang goreng secukupnya (sebagai hiasan) Lobak masin secukupnya (sebagai hiasan)
BAHAN B: SAMBAL MERAH (CABAI MERAH)
5 biji bawang merah kecil 5 ulas bawang putih ½ peket cili boh 2 sudu besar serbuk cili 3 asam keping ½ sudu besar gula merah ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO Garam 1 cawan air
CARA MENYEDIAKAN: KUAH/SUP
1. Mula sekali, rendam 1 peket bihun dengan serbuk kunyit. Jika sudah bertukar warna, celur sehingga lembut, tapis dan ketepikan. 2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau bersama rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang dan bunga pelaga). 4. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja). Kacau sampai sebati. 5. Kalau sudah sebati, masukkan 1 kg ayam. Masak sehingga ayam masak dan lembut. 6. Kemudian perasakan dengan TUMIX Perencah Pati Ayam. 7. Sedia untuk dihidang.
CARA MENYEDIAKAN: SAMBAL MERAH / CABAI MERAH
1. Kisar bawang merah kecil dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan serbuk cili dan cili boh, kacau dan masukkan air. 3. Tumis cabai sehingga mendidih dan masukkan asam keping. 4. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan gula merah. Gaul sehingga gula merah cair. 5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO dan garam. 6. Kacau sehingga sebati dan tutup api. Siap.
2. ONDE-ONDE GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
6 helai daun pandan | dihiris 1 cawan air 1 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung beras ¼ sudu kecil pewarna hijau Gula nisan/ gula melaka secukupnya | dipotong kiub ½ biji kelapa parut segar ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan ambil airnya. 2. Gaul tepung pulut dan tepung beras bersama air pandan. 3. Masukkan AJI-NO-MOTO dan pewarna hijau (optional) dan gaul rata. 4. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan. 5. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama). 6. Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan. 7. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata. 8.Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya tak padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti. 9. Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas. 10. Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi donut kampung lembut dan gebu tanpa telur. Donut nostalgia zaman kecil dengan doh ringan, sesuai untuk digoreng atau dibuat frozen. Cara lengkap menggunakan kata kunci donut kampung untuk hasil terbaik.