Kali ini, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung episod 15 membawakan Raja Azura berjalan ke tempat penyanyi Dato’ Hattan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Tapi Hattan bukanlah keseorangan kerana ditemani adik tersayangnya, Lin. Lemah lembut je perwatakan adik Hattan ni.
Amboi, bukan meriah lagi Raja Azura berborak dengan Hattan. Macam-macam cerita yang keluar. Cerita dari zaman kecil Hattan hinggalah ke kisah terkini.
Paling menarik, Hattan bercerita tentang kisah lucu ketika balik raya dengan bas. Mengekek gelaknya.
Namun suasana bertukar menjadi sedikit sayu apabila Hattan memberitahu suasana hari raya tahun ini tidak lagi sama kerana ibu dan abangnya telah meninggal dunia.
Berkongsi resipi yang menjadi kegemaran Hattan, iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api, memang berbiso bonar menu ini.
Rasa terliur meluap-luap bila tengok kuah ketam masak lemak cili api ni. Tengok cara masak yang ditunjukkan pun mudah sangat.
Ads
Kalau lauk utama dah ada, kenalah ada hidangan pencuci mulut. Kali ini, Hattan dan Lin berkongsi cara nak buat kuih puteri mandi atau Hattan menyebutnya kuih pusat. Aduh, nakal sungguh Hattan ni ye.
KETAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ketam segar 1 mangkuk besar santan 1 cawan air 1 batang serai | diketuk Garam kasar secukup rasa 3-4 helai daun limau 1 sudu kecil Aji-no-moto®
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR/TUMBUK
2 inci kunyit hidup 5-6 biji cili api 2 biji cili merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ketam dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian. 2. Masukkan ketam bersama bahan kisar atau tumbuk dan serai ke dalam kuali. Gaul-gaul bagi sebati.
3. Apabila dah sebati, barulah dimasukkan santan. Gaul lagi bagi sebati rasanya.
4. Kemudian, apabila kuah sudah mendidih, masukkan daun limau purut yang dikoyak-koyakkan. Kacau-kacau lagi supaya santan tidak berketul.
5. Perasakan dengan Aji-no-moto® dan juga sedikit garam. Gaul sebati. Renehkan sehingga ketam masak.
PUTERI MANDI
BAHAN KUAH:
Ads
1 cawan nisse @ gula melaka (2 keping saiz kecil) – atau dipanggil gula anau di Negeri Sembilan ½ cawan air 2 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut 1 sudu kecil garam 1 cawan air daun pandan (kisar: 4 helai daun pandan + air, ditapis) 2-3 titik pewarna hijau
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam bekas. Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. Tambahkan pewarna hijau dan uli menjadi doh.
2. Kemudian, ambil sedikit doh tadi dan gentel bulat-bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah-tengahnya. Ketepikan.
3. Sementara itu, untuk buat kuah, masukkan santan dan nissey @ gula melaka @ gula anau ke dalam kuali atau periuk. 4. Masak sehingga nissey @ gula melaka hancur. Akhir sekali, masukkan daun pandan. Gaul hingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan doh yang sudah siap digentel tadi ke dalam adunan kuah gula melaka. Gaul perlahan-lahan bagi sebati. Tutup api. Siap.
Ads
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Moga resipi-resipi ini boleh membantu memberi idea buat anda di sepanjang bulan Ramadan ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini giliran Achey dan Cat Farish pula yang akan masak bersama.
Bukan main lagi tau gelagat Achey dan Cat Farish dalam episod kali ini. Siap masuk sungai lagi nak tangkap ikan patin tau! Tapi apa yang kelakarnya, ikan patin yang ditangkap dah siap disiang rupanya. Ajaib kan!
Tapi mereka berdua ni nak masak apa ye dengan ikan patin? Haa, Cat Farish kongsikan resipi Tempoyak Ikan Patin! Memang sedap bila tengok hidangan ni. Habis tertelan air liur tau.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Cat Farish kongsikan cara nak buat Puding Karamel. Senang sangat sebabnya hanya perlu sejukkan di dalam peti sejuk je.
Tapi Cat Farish tak keseorangan memasak dengan Achey, sebaliknya turut ditemani adiknya iaitu Dina.
Jom kita tengok resipi dan cara-cara memasak dalam episod kali ini. Jangan lupa cuba tau resipi yang sedap dan mudah ini.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan patin | dipotong 2 keping asam keping Air secukupnya Tepung gandum secukupnya 1 sudu kecil AJI-NO-MOTO® ½ sudu besar garam 2 sudu besar gula (bergantung pada tahap masam tempoyak)
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
10 biji cili padi 2 inci kunyit hidup @ 2 sudu besar serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN (B):
1 cawan tempoyak 2 batang serai | diketuk ½ helai daun kunyit 1 batang timun tua | dipotong memanjang anggaran 4 inci
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan patin dan rendam bersama asam keping selama 15 minit. 2. Bilas dan tabur dengan tepung gandum dan biarkan seketika sebelum dibasuh bersih. 3. Satukan bahan-bahan kisar (A) dan bahan-bahan (B). Gaul rata. 4. Tuang 1 liter air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan cita rasa. 5. Setelah mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. 6. Reneh sehingga keluar minyak ikan dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula secukup rasa. 7. Sedia untuk dihidangkan.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN: GULA KARAMEL
1/4 cawan gula 1 cawan air
BAHAN-BAHAN: PUDING
5 biji telur saiz B 1 tin susu cair 150 ml air ¼ cawan gula 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN: GULA KARAMEL
1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata. 2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
CARA MENYEDIAKAN: PUDING
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan. Gaul sebati menggunakan whisk sehingga gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan berbuih. 2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas. 3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. 4. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Indah sungguh suasana kampung halaman Noraniza Idris ni tambahan masak di kawasan luar rumah memang seronoklah sambil memasak sambil melihat pemandangan indah di luar rumah. Menu masakan kalini pun sangat menarik iaitu Asam Pedas Ikan Terubuk dan Bubur Jagung. Sangat sesuailah orang kata gandingan menu ni untuk berbuka puasa.
Tak sangka Aji-No-Moto juga sangat membantu menaikkan rasa Bubur Jagung lebih berlemak. Kalau tak percaya, boleh cuba nanti ikut resipi yang akan dikongsikan sekejap lagi.
ASAM PEDAS IKAN TERUBUK
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Minyak masak
1/2 sudu kecil Halba
1 ekor ikan, dipotong 3
5 batang Serai, dititik
2-5 helai Daun limau purut
1/2 cawan Air pati asam jawa
3 kuntum Bunga kantan, dipotong 4
12 tangkai Daun kesum
3 biji Terung bulat, dipotong 4
2 sudu besar Kerisik
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 sudu kecil Garam
4 biji Tomato, dipotong 4
12 batang Bendi, dipotong tangkai dan hujung
Bahan-bahan (A): dikisar
4 biji Bawang merah kecil
5 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1-2 ketul Kunyit
20 biji Cili kering, dibuang biji, direbus
1 sudu kecil AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa
1 ketul kecil Belacan
sedikit Air
CARA PENYEDIAAN:
Kisar halus bahan-bahan (A).
Panaskan minyak dan masukkan halba, tunggu sehingga naik bau dan tumis bahan kisar.
Tambah sedikit air dan tumis sehingga garing.
Ulang proses tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
Bila bahan tumis sudah masak, masukkan ikan, serai dan daun limau purut. Masak sehingga kuah kering dan ayam separuh masak.
Masukkan air pati asam jawa, bunga kantan, daun kesum, terung bulat, tambah air sikit dan masak sehingga kesemua bahan jadi lembut.
Masukkan kerisik dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO dan garam secukupnya. Gaul rata.
Masukkan tomato dan bendi. Masak seketika dan sedia untuk dihidang.
BUBUR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Santan cair
2 helai Daun pandan, dicarik dan disimpul
2 batang Jagung, dihiris isinya
2 sudu besar Gula pasir
1 keping Gula melaka
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 sudu kecil Garam
3 sudu besar Biji sagu
2 cawan Santan pekat
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
Masukkan gula pasir, gula melaka, ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO , garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih.
Sedia untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Penuh gelak ketawa di Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini. Mana taknya bila dua pelawak bergabung memang banyak aksi lucu yang mencuit hati.
Achey bertemu Wahid Senario di kampung halaman Wahid di Perak. Sudah pasti Wahid berkongsi menu sinonim dan nostalgia bagi orang Perak sebagai menu berbuka mereka.
Dua menu yang dikongsi ialah Tempoyak Kacau Bersama Udang dan Tepung Pelita. Bersamanya memasak di dapur ialah ibu mertuanya. Memang kecur liur tengok. Bila gabungan tempoyak, udang dan terung pipit di dalamnya sangat menyelerakan. AJI-NO-MOTO® diletakkan bagi menyerlahkan keaslian rasa bahan-bahan dan seimbangkannya dalam tempoyak ni.
Tepung Pelita atau Limas menjadi kegemaran mereka di kala berbuka. Mudah juga menyediakannya. Letakkan sedikit AJI-NO-MOTO® bagi menyerlahkan keaslian rasa bahan-bahan dan seimbangkannya.Ia boleh menyerlahkan rasa santan dan rasa lemak masinnya. Jomlah kita buat nanti.
TEMPOYAK KACAU + UDANG
Bahan-bahan:
4 biji cili merah
3 biji cili padi
3 senduk tempoyak
½ sudu kecil serbuk kunyit
100g udang
1 helai daun kunyit, disimpul
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil garam
½ sudu besar gula
Cara memasak:
1.Kisar cili merah dan cili padi.
2.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan serbuk kunyit.
3.Kacau sehingga kuahnya pekat, masukkan udang dan kacau.
4.Masukkan daun kunyit yang disimpul
5.Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula secukup rasa.
TEPUNG PELITA
Bahan-bahan: Lapisan hijau
7-8 helai daun pandan
5 cawan air
Pewarna hijau secukupnya
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil gula
1 cawan gula, dikisar halus
Bahan-bahan: Lapisan santan
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil garam
Cara menyediakan: Acuan daun pisang
1.Lap bersih daun pisang yang telah dilayurkan seketika diatas api.
2.Potong daun pisang dalam bentuk 4 inci lebar lalu tindan dua helai daun pisang kepada dua lapisan.
3.Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak kotak ditengah daun pisang lalu trim bahagian hujung pisang jika terlalu panjang dan lipat kedua-dua bahagian ke kotak dengan kemas.
4.Tarik keluar kotak kecil lalu klipkan kedua-dua belah bahagian lipatan menggunakan stapler.
5.Kemudian, trim atau gunting bahagian atas mengikut ketinggian yang sesuai.
Cara menyediakan: Lapisan hijau
1.Kisar halus daun pandan bersama air. Letak air anggaran separuh sukatan dulu untuk mudah dikisar.
2.Tapis kisaran daun pandan dan tuang kedalam periuk. Masukkan sedikit pewarna hijau (pilihan), air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.
3.Masukkan gula pasir yang dikisar halus ke dalam acuan lalu sudukan adunan pandan dalam anggaran setengah acuan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.