Makan

Ayam Rebus Mixed Herbs, Menu Sihat Yang Sedap Sampai Rasa Nak Tambah Nasi!

Share

Ayam rebus mixed herbs ini antara menu sihat yang sedap untuk sajian mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau menjaga pemakanan.

Tapi kalau tak diet pun boleh saja cuba terutama jika mahu resipi ayam yang ringkas.
Cara masaknya memang mudah, tak perlu minyak, cuma rebus dengan campuran herba dan rempah kering. Lagi satu, ia tiada sukatan. Boleh letak  ikut citarasa.

Hasilnya ayam berjus, beraroma dan ada kuah herba yang pekat untuk tuang atas nasi. Sebagai pelengkap lauk sihat ini boleh tambah sayur bendi, brokoli atau tomato.

Resipi Ayam Rebus Mixed Herbs

Bahan-Bahan

Ayam – beberapa ketul
Mixed herbs – rosemary, thyme, oregano (guna satu atau campur)
Chili flakes – ikut tahap kepedasan
Serbuk paprika / serbuk cajun / serbuk cili – boleh pilih salah satu
Lada hitam
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya untuk merebus
Sayur bendi / pilihan lain (opsyenal)

Cara Penyediaan

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk iaitu ayam, rempah kering, garam, lada hitam dan air secukupnya.

2. Rebus atas api sederhana hingga ayam masak sempurna dan kuah jadi sedikit pekat.

3. Bila nampak kuah semakin mengering dan jadi pekat boleh tutup api. Angkat ayam letak atas pinggan dan tuang kuah herba di atasnya.

INFO: Ayam boleh juga dibakar ayam selepas rebus untuk aroma lebih padu!

Tip RASA

  • Nak rasa lebih ‘kick’? Letak sedikit chili oil waktu hidang.
  • Kuah rebusan boleh dijadikan sup, sedap hirup masa panas.
  • Guna dada ayam tanpa kulit untuk pilihan lebih sihat.

Kredit resipi & foto: Nurul Fariha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose