Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Share

Ayam panggang ala Kenny Rogers. Bagi yang biasa makan ayam panggang Kenny Rogers tentu dah tahu akan kesedapan ayam itu. Tapi, kalau famili besar, nak makan pun susah juga sebab harganya pun boleh tahan.

Jangan susah hati. Boleh masak sendiri di rumah. Ikut saja resipi yang diberikan oleh Otai Malaya  ini. Bolehlah makan puas-puas. Jimat bajet.

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan:

1.5kg ayam ( 1 ekor)
4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

1 sudu teh garam boleh beli online di sini

2 inci Halia – boleh beli online di sini

1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini
4 sudu makan lada hitam (ditumbuk) – boleh beli online di sini
3 batang serai 
4 sudu makan madu – boleh beli online di sini
3-4 sudu makan sos tiram – boleh beli online di sini
4 sudu makan minyak zaitun 

Cara Memasak:

Kisar serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air sehingga lumat. Begitulah rupanya setelah siap kisar.\

Kemudian campurkan semua bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan juga madu, lada hitam, sos tiram dan garam. Gaul sekata.

Lumur sekata pada ayam.

Kemudian masukkan dalam plastik dan perap semalaman supaya lebih sedap dan bahan perapan sudah masuk ke dalam daging. Tapi kalau tak sabar, minimum 4 jam. Sebenarnya, lagi lama perap lagi sedap. Sampai ke tulang dapat rasa.

Lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium dan bubuh ayam yang sudah diperap tadi. Sedia untuk dipanggang.

Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam.  Guna api atas bawah. Suhu 200’C dan panggang dalam oven selama 35 – 40 minit.

Selepas 30 minit, keluarkan ayam untuk sapu majerin supaya nampak lagi cantik ayam nanti. Lepas itu sambung panggang lagi sekitar 8 minit.

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN