Ayam Masak Santan Berlado Penuh Aroma, Sedap Dimakan Bersama Nasi Panas

Share

Mungkin ada yang sudah berada di kampung halaman ketika ini, jadi kita hidangkan keluarga dengan menu istimewa. Ayam Masak Santan Berlado ini selain dimakan dengan nasi boleh dicicah dengan ketupat atau lemang. Yang membezakan dengan rendang biasa tu, penggunaan cabai sahaja dan tambahan bahan-bahan lain untuk penyedap rasa. Boleh cuba buat ikut resipi yang dikongsi Fairuz Abu Hassan


BAHAN-BAHAN:
Ayam yang telah siap digoreng
3 biji cabai besar (kisar)
6 biji bawang merah ( kisar)
1 ulas bawang putih ( kisar)
1 biji tomato (kisar)
Sedikit lada hitam (kisar)
1 batang serai (diketuk)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
½ kotak santan kotak dalam


2 sudu serbuk kari


CARA MEMASAK:

1.Guna minyak goreng ayam tadi, tumis serai dulu biar sedikit garing,masukkan bawang yang dihiris.Masak sampai garing.



2.Masukkan bahan yang dikisar tadi.
3.Masak sebentar sampai mendidih.



4.Masukkan serbuk kari,garam dan gula.



5.Masukkan santan,biar sekejap bahan-bahan tu mesra.


6.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi,masak sampai pecah minyak.



Kredit: #daridapoqUmiFairuz

IKLAN