Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin, Padu Rasa

Share

Bila pergi kenduri kahwin pasti ada ayam masak merah. Kalau teringin nak menjamah macam lauk kenduri ini, resepi yang dikongsi oleh Puan Zurida ni adalah resipi arwah maknya. Nampak sedap, bolehlah kita cuba. Makan pula dengan nasi tomato memang padu.

 

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam

Bahan dikisar:

  • 15 tangkai cili kering (kalau nak kuah banyak lebihkan)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 3 batang serai
  • Halia
  • 2 biji buah tomato
  • 3 biji cili merah besar
  • Lengkuas(letak boleh,tak letak pun boleh)

Bahan-bahan tumisan:

  • 1 batang serai
  • Daun pandan
  • 4 sekawan
  • Santan/susu cair
  • sos cili
  • sos tomato

Cara memasak:

1. Ayam digoreng separuh masak.


2.Pakai minyak goreng ayam tadi juga, tumis bahan-bahan di atas.


3. Boleh letak gula,garam,ajinomoto (kalau suka)


4.Masak api perlahan,biar pecah minyak.


5.Kemudian masukkan santan,kalau tak suka boleh ganti susu cair.


6.Masukkan sos cili/tomato


7.Kemudian masukkan ayam.

Kredit : Zurida Hassan

INGIN MENCARI PENGUKUS  TERBAIK , JOM LAYARINYA DI SINI ADA BANYAK PILIHAN MENARIK.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN