Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri Kahwin

Share

Ayam masak merah ada macam macam versi. Ada yang suka memasaknya kering dan ada yang suka berkuah . Resipi Ayam Masak Merah ala-ala kenduri kahwin yang dikongsi oleh Puan Zurida ni adalah resipi arwah maknya. Nampak sedap , bolehlah kita cuba. Makan pula dengan nasi tomato memang padu.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering (kalau nak kuah banyak lebihkan)
Bawang merah
Bawang putih
3 batang serai
Halia
2 biji buah tomato
3 biji cili merah besar
Lengkuas(letak boleh,tak letak pun boleh)

Bahan-bahan tumisan:
1 batang serai
Daun pandan
4 sekawan

Santan/susu cair
sos cili
sos tomato

Cara memasak:

1. Ayam digoreng separuh masak.


2.Pakai minyak goreng ayam tadi juga, tumis bahan-bahan di atas.


3. Boleh letak gula,garam,ajinomoto (kalau suka)


4.Masak api perlahan,biar pecah minyak.


5.Kemudian masukkan santan,kalau tak suka boleh ganti susu cair.


6.Masukkan sos cili/tomato


7.Kemudian masukkan ayam.

Kredit : Zurida Hassan

Rahsia Buat Ikan Bilis Tumis Cili Kering Yang Rangup

INGIN MENCARI PENGUKUS  TERBAIK , JOM LAYARINYA DI SINI ADA BANYAK PILIHAN MENARIK.

IKLAN