Ayam Masak Kurma Berkerisik Kuah Pekat Berlemak Super Enak

Share

Ayam masak kurma sesuai makan dengan nasi minyak dan acar jelatah. Istimewa kurma ini kerana ada masukkan kerisik, buah keras dan kas-kas.

AYAM MASAK KURMA BERKERISIK
BAHAN TUMIS:

  • 1/2 cawan minyak (kalau hendak lagi sedap tambah sedikit minyak sapi)
  • Bawang merah besar
  • Bawang putih
  • Halia

BAHAN KISAR:

  • Rempah 4 sekawan
  • 125 gm rempah kurma
  • Bawang merah
  • Bawang putih putih
  • Halia

BAHAN LAIN:

  • 1/2 ekor ayam
  • 500gm santan pekat
  • 1 sudu teh kas-kas
  • 1 biji buah keras- pilihan kalau suka untuk tambah lemak
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 batang serai
  • Kentang
  • Tomato
  • Cili merah- belah tengah tapi tidak sampai putus.

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang dan seangkatan dgn nya
  2. Masukkan serbuk kurma dan air
  3. Masukkan bahan kisar juga kas2 dan buah keras yang telah dihancurkan, juga kerisek
  4. Masak biar pecah minyak dan perlahan kan api
  5. Masukan garam dan perasa lain
  6. Masuk kan ayam , biar seketika,
  7. Curahkan santan
  8. Masukkan kentang, tomato dan cili merah.

 

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Normah Bahari 

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN