Ayam Masak Kicap Kering Yang Pekat Melekat, Ikut Resipi Ini

Share

Ayam Masak Kicap antara menu paling mudah dan cepat hendak dimasak. Setiap orang ada cara masaknya yang berlainan. Ada yang suka berkuah dan ada yang suka kering. Lagi kering lagi sedap katanya! Bagi anda yang sukakan Ayam Masak Kicap Kering, bolehlah mencuba resipi Ayam Masak Kicap Kering seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

RESIPI AYAM MASAK KICAP KERING 

BAHAN-BAHAN: (2-3 orang makan)

½ ekor ayam


1 tangkai cili merah – beli online
1 tangkai cili hijau – beli online
5 ulas bawang putih – beli online
5 biji bawang merah ros
1 inci halia – beli online
3-4 sudu besar kicap lemak manis – beli online
2 sudu besar sos tomato – beli online
2 sudu besar sos cili – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma.

2. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam!

3. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.

4. Capai pula sos cili, masukkan.

5. Sekarang giliran sos tomato. Manis dah ada, masin dah ada, maka kena ada rasa masam. Selain beri rasa masam, tomato beri rasa umami. Sos-sos ni juga membantu pekatkan kicap.

6. Godek sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ni kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Letak sikit bawang Holland.

7. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.

 

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN