Sebut sahaja Pulau Pinang pasti teringat akan makanan yang sedap belaka. Tambah pula dapat makan nasi kandar yang sedap gerenti balik rasa puas hati. Hari ini di Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung, Izreen Azminda berkunjung ke rumah rakan baiknya Faezah Elai di Bukit Mertajam.
Memang kecoh bila mereka bertemu. Izreen teringin merasai Ayam Masak Kandar asli Penang. Faezah memenuhi keinginan rakannya untuk memasak Ayam Masak Kandar homemade.
Istimewanya suami Faezah turut sama memasak di dapur.Sambil memasak, bercerita nostalgia Faezah semasa muda pada bulan Ramadan.
Nampak enak Ayam Masak Kandar yang dimasak oleh Faezah. Di tambah dengan penggunaan AJI-SHIO® Lada Berperisa ,rasa lada putihnya wangi, ada rasa masin, rasa pedas sikit. Inilah keistimewaannya. Selain itu diletakkan juga AJI-NO-MOTO® yang boleh naikkan rasa masakan dan seimbangkannya.
Tak lengkap dengan satu menu, Faezah menyediakan menu pencuci mulut, Lempeng Pisang.Paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran keluarganya ketika berbuka. SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang ni bukan saja boleh goreng pisang, ia ada rasa vanila, juga boleh buat lempeng pisang,lagi sedap dan aroma wangi.
Buat yang ingin mencuba, dikongsikan resipi membuatnya,
AYAM MASAK KANDAR
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong, mentah atau digoreng separuh masak
Kicap manis secukupnya
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 biji bawang kuning, dipotong cincin
5 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
Ads
Bahan-bahan (A): rempah tumis
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu makan serbuk kurma
Bahan-bahan (B): digoreng dan dikisar bersama minyak
2 sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih
1 biji bawang kuning, dipotong 4
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
12 tangkai cili kering
Minyak masak secukupnya
Ads
Cara memasak:
1.Tumis bahan-bahan (A) sehingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan bahan-bahan (B) dan masak selama 10 minit.
3.Masukkan kicap manis, gaul rata dan masukkan ayam.
4.Perasakan AJI-NO-MOTO® dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
5.Masukkan bawang kuning, cili hijau dan daun kari.
6.Biarkan sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan:
4 biji pisang – lebih atau kurang ikutlah stok pisang masak yang ada
1/4 cawan gula pasir
Ads
Secubit garam
½ cawan kelapa
2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
Cara memasak:
1.Lenyekkan pisang. Jangan terlalu hancur, bagi ada ketulan pisang sedikit.
2.Masukkan gula dan garam, rasa manisnya.
3.Masukkan kelapa, gaul sebati.
4.Masukkan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu pekat dan tambahkan air.
5.Bancuhan yang telah disiapkan. Biarkan rehat buat seketika sementara kuali dipanaskan.
6.Panaskan kuali leper/pan. Sapukan sedikit minyak diatas kuali.
7.Bila dah agak keras boleh balik-balikkan, bagi garing sedikit di sekelilingnya.
8.Bila dah agak garing keseluruhannya, bolehlah diangkat
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tauke Pulut Kuning dan Rendang masuk dapur! Wow… Enak sungguh menu-menunya. Memang kena sangatlah masak untuk berbuka puasa.
Rugi kalau tak salin resipi yang Zarina Zainudin masak bersama Aril Pilus dalam Episod 11 Rasa Nostalgia Ramadan kali ini.
Bertempat di rumah istirehat Zarina di Johol, Negeri Sembilan, Zarina berkongsi 2 resipi kegemaran ayahnya, Zainuddin buat penonton iaitu Ikan Bakar Portugis dan Kuih Lopes.
Tapi tak sangka pula, dalam kalut-kalut Zarina menyediakan bahan untuk buat sambal ikan bakar, eh boleh pula Aril terlupa nak beli ikan! Nasib ada jual di gerai depan tau.
Rupanya nak buat Ikan Bakar Portugis ni senang je. Lagi menarik, Zarina lebih suka menggunakan daun pisang kerana boleh membangkitkan lagi bau dan rasa kesedapan ikan.
Dah ada menu utama, kenalah ada pencuci mulut pula kan. Kali ini, Zarina berkongsi cara macam mana nak buat Kuih Lopes.
Sangat senang rupanya. Yang penting kena rajin je nak buatnya kan. Harap-harap penonton jangan lupa cuba tau 2 resipi yang mudah ini.
IKAN BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa (bergantung kepada jumlah ikan) 1 sudu besar penuh gula 2-3 ekor ikan pelaling (atau apa-apa jenis ikan) | kelar 1 sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan 26g (bergantung kepada jumlah ikan, 1 sudu besar untuk 3 ekor ikan sederhana saiz) 5 helai daun limau purut | hiris halus Kertas aluminium foil/daun pisang secukupnya
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
3 sudu besar cili kering kisar 2 biji buah keras 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 batang serai 2 hiris lengkuas 1 sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak seperti memasak sambal. 2. Perasakan dengan AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa dan gula secukup rasa. Ketepikan.
3. Lumurkan ikan dengan SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan 26g. 4. Masukkan ikan ke dalam aluminium foil/ daun pisang. 5. Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi ke atas ikan dan taburkan daun limau purut.
6. Bakar ikan di dalam kuali ajaib atau ketuhar selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak.
KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2kg beras pulut 7 helai daun pandan 1 mangkuk kecil pewarna hijau Daun pisang 1 mangkuk gula merah 4 sudu besar gula pasir Kelapa muda parut Garam Benang jahitan Tali rapia
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam periuk. 2. Sementara itu, tapiskan air daun pandan. Masukkan ke dalam periuk yang ada beras pulut tadi. Kacau-kacau bagi sebati. Kemudian, masak seperti biasa. 3. Selepas pulut dah masak, sejukkan dan ambil daun pisang, kepalkan gulung dan ikat dengan tali rapia.
4. Kemudian, kukus semula dan biar sejuk kemudian potong. 5. Letakkan garam di kelapa muda parut tu dahulu kemudian hidang bulat-bulat. 6. Untuk kuah air gula, sediakan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air.
7. Didihkan semuanya dalam periuk sampai pekat. Siap!
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Moga resipi-resipi ini boleh membantu memberi idea buat anda di sepanjang bulan Ramadan ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menarik juga ya menu Rendang Pucuk Ubi ni! Selalu makan rendang ayam atau daging je. Kalau korang teringin nak rasa kesedapan Rendang Pucuk Ubi ni bolehlah cuba resipi Sheera Iskandar ni dan yang paling penting sekali ramuan rahsia dalam rendang ni semestinya ada AJI-NO-MOTO barulah menjadi rendang ni. AJI-NO-MOTO ni kira pelengkap rasa dalam masakan kita, masak apa pun mesti menjadi!
Seronok betul lah bila dapat petik sendiri pucuk ubi tu di halaman rumah, kalau teringin nak makan pucuk ubi, boleh petik je tak payah runsing ke kedai yang belum tentu ada pucuk ubi tu.
Kalau takde pencuci mulut masa berbuka rasa macam tak lengkap je kan? Jeli Cocktail pun sedap ni kalau dapat buat. Cara penyediaan pun mudah, bahan pun mudah dan yang paling penting buat lebih sebabnya gerenti jadi rebutan menu ni. Saya kongsikan resipi lengkap untuk menu Rendang Pucuk Ubi dan Jeli Cocktail ni dan jangan lupa cuba di rumah tau!
RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
250 gm Daun pucuk ubi
Secukupnya Garam
½ kg Santan segar
2 batang Serai, diketuk
½ mangkuk Ikan bilis
4 biji Bawang merah, dihiris
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
Secukupnya Gula
Bahan-bahan (A): dikisar
15 biji Cili api
1 inci Kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN:
Asingkan daun pucuk ubi yang lembut dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan. Ketepikan.
Masukkan santan, serai, ikan bilis, bawang hiris dan bahan-bahan kisar (A) ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa.
Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, masukkan pucuk ubi. Gaul rata dan masak sehingga pucuk ubi kering dan garing.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO, gula dan garam secukupnya. Gaul rata.
Sedia untuk dihidang.
JELI COKTAIL
BAHAN-BAHAN:
1kg atau 2kg Jeli sumi
2 tin Koktel buah
2 tin Susu cair
½ tin Susu pekat
Secukupnya Air suam
2-3 mangkuk Ais batu
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas besar dengan ais bagi pencuci mulut yang segar.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ini dalam episod ketiga Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung menyaksikan adegan mencuit hati penyanyi, pelakon dan pelawak, Acong Sweetchild bersama ibunya, Hanipah yang berkongsi sajian-sajian berbuka yang menyelerakan.
Tambah gamat, episod kali ini ditemani pengacara Dynas Mokhtar yang mencungkil kisah Acong di kampung. Rupanya, bukan main manja lagi Acong dengan ibunya! Budak baiklah katakan.
Sebelum memasak, Acong membawa Dynas ke kebun ubi di belakang rumahnya. Wah, bukan main besar lagi ye ubi yang ditanam. Berpeluh Acong nak mencabutnya.
Dua resipi istimewa yang dikongsi kali ini iaitu menu Terung Berlado Ikan Bilis dan Bubur Chacha. Fuhh, memang nampak sedap dan menyelerakan tau. Maklumlah bulan puasa kan.
Rupanya mudah je tau nak masak resipi yang dikongsi ibu Acong ni. Memang sesuai untuk mereka yang mencari juadah lauk yang cepat dimasak tetapi cukup lengkap rasa.
Jadi, jangan lupa cuba ye menu yang mereka kongsikan ini. Rasa sedap tapi mesti puas hati.
TERUNG BERLADO IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung, saiz besar (5 biji jika saiz sederhana) 1 sudu kecil Rasa Sifu Penambah Perasa Semua Dalam Satu 3 sudu besar tepung gandum Secukupnya minyak masak 3 sudu besar air asam jawa
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR KASAR
8-10 biji cili merah 7-8 biji cili melaka (padi) hijau + merah 2 mangkuk besar ikan bilis (anggaran 150-200gm) 4 biji bawang besar 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2 cm. Gaulkan terung dengan ½ sudu kecil Rasa Sifu dan tepung gandum. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan. 3. Buang sedikit minyak gorengan terung tadi, tumis bahan (A) yang dikisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau. 4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan Rasa Sifu. 5. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.
BUBUR CHACHA UBI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan cha-cha kering (anggaran 170-200 gram) 3 mangkuk santan segar pekat (anggaran 500gm) 3 sudu besar sagu (200gm) 2 helai daun pandan | dicarik & disimpul 50 gm gula melaka 100gm ubi keledek 100gm ubi kayu ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO 4 sudu besar gula ½ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama 10 minit. 2. Rebus cha-cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan dan masakan. 3. Masukkan santan segar pekat, daun pandan dan cha-cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul dan cha-cha tidak melekat. 4. Apabila mendidih masukkan sagu, gula melaka, ubi kayu, ubi keledek, gula dan AJI-NO-MOTO. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air. 5. Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!