Ayam Kicap Berempah Meleleh Ni, Ratah Pun Sedap

Share

Siapa saja yang tidak suka dengan ayam masak kicap. Memang hidangan ini boleh habis sekelip mata. Nak lebih kaw rasanya boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Ameera ni. Gerenti berebut nanti. Satu menu ni bawa sampai ke malam.Makan pula dengan nasi panas-panas. Masakan ni sangat simple dan korang kena buat.

AYAM KICAP BEREMPAH MELELEH

Bahan-bahan:

Ayam (lumur kunyit dan garam)

6 ulas bawang putih

6 biji bawang merah

1 biji bawang besar

Halia -besar ibu jari

1 batang serai

1 batang kulit kayu manis

Daun kari

1 paket kecil rempah kari ayam

4 sudu makan kicap kipas udang manis

1 sudu makan kicap pekat

3 biji cili padi (belah 2)

Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Goreng ayam yang sudah dilumur garam dan kunyit.

 

2.Bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar dan halia ditumbuk.

3.Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit. Masukkan serai yang dititik.

4.Masukkan kulit kayu manis, daun kari dan bahan tumbuk tadi.

5.Tuangkan rempah ayam.

6.Masukkan sedikit sahaja air supaya rempah masak sehingga pecah minyak.

7.Tuangkan kicap kipas udang manis.

8.Masukkan juga kicap pekat untuk menghitamkan kuah.

9.Masukkan juga cili padi kalau suka pedas.

10.Masukkan gula dan sedikit garam.

11.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Kredit: Ameera

Klik sini

IKLAN