
Kalau makan di kedai mamak, ayam goreng memang jadi lauk wajib untuk hidangan.Tambah pula dapat makan ayam rangup, memang ralit dibuatnya. Lain macam sedap ayam goreng mamak ni. Nak cuba boleh la cuba resipi ni. Best makan dengan kuah campoq, terasa mcm kat kedai nasi kandaq ja. Jangan lupa papadom . Masak ni untuk menu tengah hari atau makan malam memang padu.
AYAM GORENG MAMAK
1 ekor ayam dicuci bersih
Bahan kisar :
6 ulas bawang putih – BELI ONLINE DI SINI
2 inci halia – BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan serbuk kari ( abg guna kari daging )
1 sudu makan lada putih…
Bahan-bahan :
6 sudu makan tepung jagung -BELI ONLINE DI SINI
6 sudu makan tepung beras BELI ONLINE DI SINI
3 tangkai daun kari
Cara membuat:
1.Campurkan bahan kisar dengan tepung beras, tepung jagung dan daun kari. Tambahkan air jika terlalu pekat. Jangan terlalu banyak air nanti tak rasa pula.
2.Perap selama 1 jam lagi lama perap lagi rasa. Panaskan minyak, goreng sehingga garing.
Selamat mencuba
Kredit : Zahir Derashid
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
BOLEH DAPATKAN AIR FRYER DENGAN HARGA BERBALOI DI SINI
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap. Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

Isi Kandungan
ToggleDalam suasana perayaan yang masih lagi terasa, tentu ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim. Tidak kira sama ada menggunakan khidmat katering mahu pun masak sendiri, namun pasti tuan rumah ingin menyediakan hidangan lengkap untuk santapan para tetamu yang berkunjung. Jadi, sudah pasti hidangan tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Terdapat pelbagai jenis pemanis mulut termasuklah aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. Kami kongsi 10 jenis puding yang boleh mungkin boleh anda pertimbangkan sebagai sajian di majlis rumah terbuka anda nanti.
1. PUDING KELAPA DAN RASPBERI
BAHAN-BAHAN A (PUDING SANTAN):
- 210ml santan
- 90gm gula
- 1 sudu teh serbuk agar-agar
BAHAN-BAHAN B (PUDING AIR KELAPA):
- 210ml air kelapa
- 90gm gula
- 1 sudu teh serbuk agar-agar
BAHAN LAIN:
- Buah raspberi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, perlahankan api dan teruskan mengacau hingga tiga minit. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang diingini, hanya separuh bekas sahaja. Sejukkan di dalam peti ais selama empat minit. Ketepikan.
- Di dalam periuk yang lain, satukan bahan B dan masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Matikan api dan ketepikan untuk disejukkan seketika pada suhu bilik.
- Setelah adunan tadi sedikit menyejuk, tuang sedikit adunan ke atas puding santan yang sudah mengeras tadi.
- Letakkan sebiji raspberi.
- Simpan di dalam peti ais selama satu jam sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu rasa raspberi yang lebih kuat, boleh dihancurkan dan dimasak bersama bahan B.
2. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
- 1 1/2 cawan susu segar
- ½ cawan air kelapa
- 5 sudu makan isi buah kundang
- 5 sudu makan isi buah oren
- 100gm chia seed
- 1 sudu makan madu
- 5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
- 50gm isi buah kundang | potong kasar
- 50gm isi buah oren | potong kasar
- 3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
- Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
- Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
- Untuk menghidang, letakkan toppingdi atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INFO CHEF: Untuk yang sedang berdiet, boleh tukarkan susu segar kepada susu rendah lemak dan gula kepada madu.
3. PUDING KEK COKLAT DAN KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
- 360ml air
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- 3 sudu makan tepung kastard (bancuh dengan tiga sudu makan air)
- 70gm gula
- 90ml susu cair
- 1 sudu teh esen vanila
- 50ml sos karamel
- Cebisan kek coklat secukupnya
Cara Menyusun Kek:
- Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanila. Kacau hingga pekat.
- Tuangkan hampir separuh adunan ke dalam mangkuk berasingan. Campurkan karamel ke dalam adunan tadi. Kacau rata dan ketepikan.
- Sediakan loyang. Masukkan/susunkan cebisan kek tadi.
- Tuangkan baki adunan ke dalamnya. Sejukkan di dalam peti ais seketika sehingga bahagian atas sedikit keras.
- Setelah puding sudah sedikit keras di atasnya, tuangkan adunan karamel. Sejukkan selama satu jam sebelum dihidangkan.Bentukkan mengikut cita rasa anda sendiri.
INFO CHEF: Kek coklat boleh digantikan dengan apa-apa jenis kek.
4. PUDING SENGKUANG CINA DAN NANGKA
BAHAN-BAHAN:
- 400ml santan kotak
- 90gm gula kastor
- 5gm serbuk agar-agar
- 125gm nangka | dipotong kiub kecil
- 125gm sengkuang Cina | kupas dan potong kiub kecil
- Air secukupnya
- 1 sudu makan gula
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan, gula, garam dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Masak dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan.
- Masukkan sengkuang Cina ke dalam periuk kecil, isikan air hingga sengkuang Cina tenggelam sedikit. Masukkan 1 sudu makan gula dan pewarna merah. Masak hingga gula larut. Toskan.
- Isikan nangka dan sengkuang Cina ke dalam bekas secara sama rata.
- Tuangkan adunan puding ke dalam bekas berisi nangka dan sengkuang Cina tadi.
- Sejukkan selama satu jam sebelum dihidangkan. Boleh hias dengan hirisan nangka di atasnya.
INFO CHEF: Puding ini diadaptasi daripada resipi manisan Thai “Tub Tim Grob” .
5. PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN :
- 8gm serbuk agar-agar
- 100gm gula
- 500gm air
- 250gm krim putar
- 200gm susu segar
- 4 sudu makan aiskrim vanila
- 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
- Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
- Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
- Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Untuk hidangan yang lebih menarik, pukul krim putar bukan tenusu sehingga kental, paipkan ke atas puding dan hiaskan dengan biskut Oreo sebagai hiasan.
6. PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
- 50gm gula
- 400ml susu penuh krim
- 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
- ½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
- Sedikit krim putar
- Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
- Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
- Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
- Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
- Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
- Sedia dinikmati ketika sejuk.
Info chef: Hiaskan dengan kepingan coklat dan sedikit parutan coklat untuk lebih menarik.
7. PUDING SUMI KASTARD
BAHAN-BAHAN:
- *10gm serbuk agar-agar
- *200gm gula pasir
- *1000gm air
- *4 sudu makan tepung kastard
- *400gm susu cair (1 tin)
- 1 bungkus sumi atau secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KASTARD:
- 400ml susu cair
- 200ml air
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan tepung kastrd
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
- Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agar-agar larut.
- Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
- Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.
- Hiaskan dengan stawberi segar untuk warna yang lebih menarik.
INFO CHEF : Tujuan sumi dibekukan adalah untuk mengelakkan sumi mencair apabila kastard panas dituang.
8. PUDING MANGGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju | suhu bilik
- 60gm gula kastor
- 140gm yogurt
- 150gm krim putar
- 1 ½ sudu makan gelatin
- 125gm air sejuk
- 2 biji mangga |potong dadu
- 250gm puri mangga (mango filling)
CARA MEMASAK:
- Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
- Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
- Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
- Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.
INFO CHEF : Puri mangga boleh dibeli di kedai menjual keperluan bakeri atau dibuat dengan mengisar buah mangga & dimasak seketika di atas api. Tambah gula sedikit dan tepung jagung untuk memekatkannya.
9. PUDING PADDLE POP
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan susu tepung
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh serbuk agar-agar
- 1000ml air
- ½ cawan gula halus
- Pewarna dan perisa makanan /esen makanan
- (Strawberry paste/emulco, Pandan paste, mangga)
CARA MEMASAK:
- Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air ke dalam periuk dan kacau rata.
- Pastikan ia dimasak sehingga mendidih.
- Bahagikan kepada beberapa warna dan letakkan perisa. Sebagai contoh pewarna kuning untuk mangga, pink dengan strawberi, hijau dengan pandan atau epal.
- Tuang satu adunan satu perisa/warna ke dalam botol dan sejukkan.
- Jika ingin pelbagai lapisan warna dalam satu botol; tuangkan satu lapisan warna contohnya kuning dan sejukkan. Bila lapisan tersebut mengeras tuangkan pula lapisan yang lain dan ulang proses tersebut sehingga habis.
Info chef: Anda boleh membuat lapisan pelbagai warna dalam satu botol atau satu warna sahaja untuk setiap botol. Terpulang pada cita rasa anda.
10. PUDING BLUEBERI
BAHAN-BAHAN:
- 5gm serbuk agar-agar
- 2 ½ cawan air
- 4 sudu makan gula
- 200ml susu cair/ susu segar
- 300gm buah blueberi
UNTUK HIASAN:
- Sedikit krim putar
- Sedikit buah blueberi
- Sedikit daun pudina
CARA MEMASAK:
- Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
- Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
- Masukkan susu cair dan buah blueberi yang telah dikisar dan ditapis.
- Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
- Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberi dan daun pudina untuk lebih menarik.
- sedia dinikmati.
Info chef: Sedap dimakan ketika sejuk.
Resipi Kepak Ayam Tumis Halia. Menu Sedap & Boleh Kurangkan Angin Dalam Badan.

Di musim buah-buahan seperti durian, cempedak, manggis dan sebagainya ni, pasti ada diantara kita yang terlebih makan. Akibatnya, badan rasa sakit-sakit dan berangin. Salah satu cara untuk melegakan rasa tidak selesa ini adalah dengan memakan halia. Paling mudah adalah dengan mencampurnya dalam masakan lauk pauk harian. Jom cuba! Pasti rasa lega.
KEPAK AYAM TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepak ayam
- 4 ulas bawang putih – hiris
- 2 inci halia – hiris
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit sos makanan laut ( seafood sauce) – boleh ganti dengan sos tiram
- Air secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 1 keping asam gelugur
- 2 pokok daun bawang – potong memanjang
- 2 biji cili merah -hiris
- 1 biji tomato – potong
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga garing.
- Kemudian masukkan kepak ayam. Kacau.
- Tambahkan sos makanan laut ikut citarasa. Kacau rata dan tambah air.
- Masukkan serbuk lada hitam serta asam gelugur. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam masak.
- Tabur lada merah, daun bawang dan tomato. Kacau seminit. Padam api.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
Ayam Serai & Kepah Tumis Bawang Putih, Senang Dimasak & Sedap.

Malas nak masak, malas nak keluar makan! Tapi tekak nak makan sedap, ini ada dua menu sangat senang boleh korang cuba sebab ia sangat sampoi. Sedap ni makan dengan nasi putih, kalau rajin sikit boleh tambahlah sayur. Senangkan….
.
AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
- 4 batang serai | titik atau hiris halus
- 10 biji cili padi | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan tepung jagung
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 4sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan minyak bijan
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
- Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
- Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
- Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
- 5 ulas bawang putih | titik
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 sudu makan sos tiram
- 8 biji cili padi | hiris
- 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
2. Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
3. Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
5. Kepah sedia dihidangkan.