
Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
BAHAN-BAHAN
- 7 ekor ikan selar
- *5 ulas bawang merah
- *4 ulas bawang putih
- *6 tangkai cili kering (rendam air panas )
- *1/2 inci halia.
- *1 batang serai (hiris nipis).
- *1 sudu besar kerisik
- 1 gelas santan pekat.
- 2 gelas air.
- 1 keping asam keping @ gelugur.
- 1 sudu kecil kunyit
- Serbuk Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
- Kisar semua bahan-bahan yang bertanda*.
- Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.
- Untuk membuat kuah, masukkn santan dalam kuali dan air. Pansakan sekejap dan masukkan asam keping.
- Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat.
- Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar kejap supaya kuah meresap pada ikan.
Dua Resipi Mudah Paling Sedap Masak Guna Ikan Siakap.

Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak macam mana? RASA kongsikan dengan anda dua resipi yang paling sedap dimasak menggunakan ikan siakap ni. Anda boleh pilih sama ada nak kukus ke nak goreng. Dua-dua dijamin menjilat jari!
1. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
- 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
- Sedikit tepung
- 1 biji telur
- Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
- 1 biji bawang besar | dadu kasar
- 2 ulas bawang putih | cincang kasar
- 3cm halia | hiris halus
- 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
- ½ biji cili bengala | hiris memanjang
- Sedikit brokoli | dadu kecil
- 5 biji cili padi merah | hiris
- 5 biji cili padi hijau | hiris
- 1 batang serai | hiris halus
- 2 sudu besar sos cili Thai
- 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersikan ikan dan toskannya.
- Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
- Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
- Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
- Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
- Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka boleh tambahkan sedikit serbuk belacan sebagai perasa.
2. SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 1 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus
- 15 biji cili padi hijau | cincang halus
- 2 biji limau nipis | perah
- 2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus.
- Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
- Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
- Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
- Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
- Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
- Ikan kukus sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mengukus ikan ni, pastikan anda guna bekas tahan panas atau loyang.
Dekat rumah belum ada PERIUK KUKUSAN @ FOOD STEAMER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Kongsi Rahsia Resipi 50 Tahun, Buat 4 Jenis Rempah Kari Kini Terbongkar!

Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sb rempah biji ( ketumbar )*
- 3 ulas bawang putih *
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 sb jintan putih*
- 1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SEAFOOD:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sb rempah biji (ketumbar)*
- 2sb jintan manis*
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
- Sedikit kunyit hidup
- Sebesar ibu jari halia
- 1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
- Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
- Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
- Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dengan air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.
- Sedia untuk dibuat kari .
- Masak cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
KONGSI RESIPI: Normah Bahari
Sardin Homemade Senang Je Buat. Rasa Nak Makan Boleh Terus Masak!

Sardin homemade senang sahaja nak buat sendiri kat rumah. Menggunakan ikan segar dan bahan-bahan segar, sardin ini lebih sihat untuk dimakan seisi keluarga. Bila dah buat sendiri barulah tak rasa was-was untuk makan dan semestinya dijamin halal. Raja Malasiah Raja Abdullah berkongsi resipinya, selamat mencuba!
Sardin Homemade Kak Raja style
BAHAN-BAHAN:
Sekilo ikan sardin segar
(bersihkan buang kepala & ekor – ikan kembung/selar/selayang/tongkol)
1 kg tomato masak ranum
1 labu bawang besar* – beli online disini
4 ulas bawang putih* – beli online disini
1 tin kecik tomato purée – beli online disini
1 botol kecik sos tomato – beli online disini
2 cawan air
4 keping asam gelugor – beli online disini
Garam, gula & ajinomoto secukupnya
CARA MEMASAK
1) kisar or tumbuk bahan bertanda
2) kisar tomato tak perlu letak air
3) tumis bahan kisar
4) masukan tomato yang dah dikisar
5) masukan tomato sos & tomato puree
6) masukan garam, gula, ajinomoto n asam gelugor
7) masukan air biar tenggelam ikan tu
masukan ikan
9) masak dengan api perlahan, kena kacau selalu takut hangus tapi kacau perlahan2
10) masak dalam 3 jam bergantung pada kuantiti ikan (reneh)
Nota :
1.Kalau ada slow cooker lagi senang tak bimbang hangus
2.Dah siap masak biarkan betul-betul sejuk lepastu masukan kedalam bekas & simpan dalam peti ais. Boleh tahan sebulan. Boleh juga terus dimakan. Atau masak macam sardin yang biasa terpulang nak pedas atau nak campur dengan kegemaran anda. Kak raja makan macam tu je pun sedap
Kredit resipi & foto: Raja Malasiah Raja Abdullah
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official