Ayam Goreng Petai Sambal Cili Api, Pedas Menyengat Tapi Sedap

Share

Dengar namanya saja dah terasa pedas kan. Tapi sedap sebenarnya makan ayam goreng yang bercili-cili ni. Lagi-lagi ada petai. Siapa yang suka pedai, wajib cuba resipi ni. Resipi ini dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di group facebook majalah RASA iaitu RASA Share Resepi. Bagi yang belum join group rasmi majalah RASA, bolehlah join ya. Join sini

https://www.facebook.com/groups/1845633835463149/

AYAM GORENG PETAI SAMBAL CILI API BERAPI

 

BAHAN UTAMA
1/2 ekor ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN
1. Ayam dipotong kecil dan dicuci bersih.
2. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.

BAHAN KISAR
Cili padi | agak-agak nak pedas mana
1 biji tomato
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1. Kisar semua bahan sampai lumat.

BAHAN LAIN
Serai | diketuk
Daun limau purut
Asam keping
Garam
Petai

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Guna minyak masak yang dibuat goreng ayam tadi. Masukkan bahan kisar.
2. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan asam keping. Gaul sebati.
4. Masukkan ayam goreng, petai dan garam. Gaul seketika. Matikan api dan siap!

Kredit: Noriza Awang Hamat
Link: https://www.facebook.com/groups/1845633835463149/permalink/3390122044347646/

IKLAN