Ayam Goreng Ala Korea Pedas Dan Manis Menggoda Selera

Share

Namanya sahaja dah mengiurkan, sesuai sangat dihidangkan untuk peminat ala-ala Korea tu. Sedap dihidangkan dengan nasi atau boleh dimakan begitu sahaja sebagai kudapan yang menyelerakan.

DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
  • 10gm bawang putih | dikisar
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan Sos Pedas

  • 50gm cili padi | dikisar
  • 50gm cili merah | dikisar
  • 30gm bawang merah | dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 1 ulas bawang merah | dikisar halus
  • Sedikit gula
  • Sedikit gula dan madu
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  • Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  • Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
  • Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
  • Tuangkan sos di atas ayam tadi.

INFO CHEF:

Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.

Saiz hidangan: 4 orang

Waktu memasak: 30 minit

 

Ini pulak boleh cuba Resepi Ayam Goreng Korea Super Pedas

IKLAN