Ayam Goreng Pandan Nampak Cantik Bila Hidang, Ini Tip Cara Gorengnya

Share

Ayam Goreng Pandan dengan kuning keemasan pasti membuatkan kita berselera hendak makan. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan Ayam Goreng Pandan yang cantik begini. Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng Ayam Goreng Pandan yang betul supaya apabila  sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali

ini.

LANGKAH DEMI LANGKAH AYAM GORENG PANDAN:

1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).

2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.

3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).

 

4. Sentiasa balik-balikkan ayam.

5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:

*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit.
*Ayam timbul di permukaan minyak.

6.  Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.

Sumber kredit: Fazniza Razali

Beli OIL FILTER LADLE SPOON di sini

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN