Ayam Goreng Korea Menu Cuti Sekolah, Goreng Dua Kali Lagi Mantap. Sedap Macam Makan Kat Restoran

Share

Ayam goreng Korea menu kegemaran anak-anak. Sangat sesuai untuk dimasak musim cuti sekolah ni. Puas hati dapat buat banyak-banyak untuk dimakan bersama keluarga.

Rupanya nak bagi rangup dan lebih sedap ada petuanya sendiri. Goreng dua kali jika nak bagi ayam rangup diluar dan berjus di dalam.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Guna sos yang dibeli di kedai Eco pun dah boleh buat menu ini menjadi sedap macam makan di restoran-restoran terkenal yang menjual hidangan seumpama ini.

Ayam Goreng Korea Sedap

BAHAN PERAPAN AYAM:

Ayam bahagian drummet atau wing

Tepung jagung

Tepung gandum

Bawang putih – tumbuk halus

Halia – tumbuk halus

Serbuk perasa

Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS:

Bawang putih – hiris halus

Serbuk cili

Sos Daebak Sweet Chili Sauce

Madu

Lemon

Bijan

CARA MEMASAK:

1.Ayam diperap selama 1/2 jam dengan halia Dan bawang putih yang dah ditumbuk halus. Tambahkan serbuk sedap GILER bagi mengantikan garam dan perasa. Setelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.

2.Gaul ayam dengan tepung

  1. Pastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.
  2. Goreng ayam sehingga masak dan angkat. Rehatkan selama tiga minit.
  3. Goreng ayam kali kedua sehingga garing.
  4. sejukkan ayam dan ketepikan.

CARA BUAT SOS:

1.Tiga ulas bawang putih di hiris halus dan ditumis hingga keperangan. Masukkan sedikit air dan masukkan sesudu serbuk cili. Gaul rata.

  1. Masukkan dua paket sos Daebak Sweet Chili Sauce.
  2. Tambahkan 1 sudu besar madu dan perahkan sedikit lemon. Kacau sebati.
  3. Masukkan ayam.
  4. Gaul sebati sehingga semua ayam disaluti sos.

7.Taburkan bijan.

Kredit resipi dan gambar: Adnan Bin Mat Abu

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN