Ayam goreng karamel, punyalah sedap dan nikmat makan sampai tutup mata. Ini kata empunya resipi Maryam Hussain.
Kalau nak tahu macam mana rasa sedapnya, kenalah cuba. Lagi pun cara membuat ayam goreng ini sangatlah mudah. Ia boleh dimasak kering atau berkuah. Keduanya sedap.
Tapi digoreng kering lebih enak kerana karamel akan bersalut pada ayam dan isinya sangat lembut dan mudah terlerai dari tulang.
10 ketul ayam
3 sudu tepung beras
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
1 cawan air
3 sudu madu
1 sudu kicap manis
1 sudu kecil chili flakes
1. Basuh ayam sehingga bersih. Letak secubit garam dan lada hitam. Gaul bersama tepung beras. Kemudiaan, goreng dengan api sederhana. Ketepikan.
2. Letak satu cawan air bersama madu, kicap manis dan chili flakes. Tunggu sehingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. Kemudiaan, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sehingga sebati dan karamel melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Maryam Hussain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA