Makan

Ayam Goreng Berempah Sedap, Ikut Resipi Mudah Ni Pasti Jadi

Share

Ayam Goreng Berempah adalah salah satu resipi sedap yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Jika ke gerai Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah adalah salah satu lauknya.
Anda dan keluarga suka sangat dengan menu ni? Jom masak sendiri dengan mencuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal. Sangat sedap dan membuka selera. Pasti puas hati.

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – basuh dan toskan
BAHAN KISAR:
2 sudu besar jintan manis – beli online disini
2 sudu besar biji ketumbar – beli online disini
Secubit jintan putih (tak letak pun tak apa) – beli online disini
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 ketul halia sebesar ibu jari – potong memanjang
Sebesar ibu jari lengkuas
6 batang serai – potong 2 atau 3 bahagian
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 sudu besar (rata) serbuk cili – beli online disini
4 sudu besar (membukit) serbuk kari daging @ ayam – beli online disini
4 sudu besar (rata) tepung jagung – beli online disini

1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar air asam jawa
Daun kari secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Kisar serai, halia dan lengkuas kemudian tapis dan perah airnya. Ketepikan.

2. Kemudian kisar kasar bahan-bahan lain dan tapis.

3.Lumur semua bahan pada ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 jam. Lagi lama diperap lagi sedap.

4.Panaskan minyak masak dengan banyak dan bolehlah digoreng hingga garing.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN