Bermula dengan suka-suka, akhirnya Paksu Ayam Golek kini menjadi semakin terkenal dan menjadi sebutan ramai. Semuanya kerana keistimewaan cita rasa ayam golek ini yang sangat sedap dan digemari pelanggan. Meneruskan legasi perniagaan arwah bapanya, Nur Hidayah Mohd Yussof mengatakan rempah inilah yang menjadi rahsia keenakan ayam golek.
Nur Hidayah Mohd Yussof
Ayam golek ini diperap menggunakan resipi ciptaan arwah Mohd Yussof Ahmad. Malah sos cicah ala Thai yang dibuat juga mendapat sambutan.
Ads
“Ini resipi ciptaan sendiri dan turun temurun. Arwah baba ambil masa setahun untuk cipta resipi sebelum dapat rasa yang sedap seperti sekarang ini. Arwah baba tidak henti mencuba dan bereksperimen. Adunan dan campuran rempah di dalamnya menghasilkan satu rasa yang lain daripada ayam golek yang ada di pasaran,” ujar Hidayah.
BERSIH DAN SEDAP
Lori membawa ayam golek kepada pelanggan.
Memulakan perniagaan sejak 2015, Paksu Ayam Golek kini ada dua cawangan iaitu di Bandar Baru Bangi dan Jenderam Hilir. Menu yang dijual ada dua iaitu seekor ayam berharga RM22 dan separuh ekor ayam RM12. Ayam diadun dan diperap menggunakan 32 jenis rempah yang pastinya sedap.
“Pada asalnya, arwah baba berniaga ayam goleh untuk suka-suka sahaja sebab orang suka makan ayam golek pada bulan puasa. Tapi ramai pelanggan kata ayam golek kami sedap. Jadi kami buat keputusan untuk berniaga setiap hari dan bukan pada bulan puasa saja. Alhamdulillah sambutan pelanggan tidak mengecewakan dari mula kami berniaga sehingga sekarang. Pelanggan suka rasa ayam golek, sos cicah istimewa kami dan juga saiz ayam,” kata Hidayah.
Menyelerakan.
Paksu Ayam Golek menjaga kebersihan ayamnya daripada terkena debu jalanan. Berbanding cara tradisional dengan mesin golek arang, gerai ini menggunakan mesin golek oven api gas dan elektrik. Mesin tertutup dengan cermin kaca sudah semestinya lebih bersih.
TEMPAHAN
Jom dapatkan ayam golek istimewa daripada Paksu Ayam Golek.
Ads
Kini orang ramai boleh menikmati ayam golek di rumah menggunakan rempah sejuk beku yang dihasilkan. Rempah ini dijual oleh ejen seluruh semenanjung tanah air. Tujuan rempah ini dihasilkan adalah untuk membantu surirumah mudah memasak. Dengan tiga langkah mudah iaitu cairkan, perap dan masak, seseorang itu boleh menghidangkan lauk sedap.
“Selain berniaga di tepi jalan, kami juga menerima tempahan katering bakar ayam golek secara live untuk kenduri kahwin, rumah terbuka hari raya dan majlis korporat. Food truck memudahkan kami bergerak kerana mesin ayam golek memang sudah ada atas lori. Tidak perlu angkat naik turun mesin setiap kali kami mahu ke tempat majlis. Majlis pelanggan kami akan nampak lebih profesional, kemas, bersih dan teratur,”katanya.
INFO KEDAI
NAMA KEDAI
Paksu Ayam Golek
Ads
PEMILIK
Mohd Yussof Ahmad (2015 – Jan 2018)
Nur Hidayah Mohd Yussof (Jan 2018 hingga kini)
LOKASI
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi & Jenderam Hilir
WAKTU OPERASI
11 pagi – 6 ptg (Jumaat cuti di Bangi dan Isnin cuti di Jenderam Hilir)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Apa yang istimewa sangat roti canai dekat kedai ni? Ha…tak cuba tak tahu dik..Jawapannya pastilah Roti Canai Tsunami! Menu ni pernah jadi viral di media sosial. Pemiliknya; Muhamad Ali Daud dan isteri Noridah Sapak sendiri tidak menyangka idea cetusan nama tsunami daripada anak mereka itu menjadi tular sampaikan tak menang tangan dibuatnya.
Idea asal Roti Canai Tsunami ni semuanya bermula apabila pensyarah kepada anak lelaki mereka meminta dibuatkan roti canai lain dari yang lain. Mulanya menu ni diberi nama ‘Roti Special’ kemudian diubah menjadi ‘tsunami’ bagi mencipta keunikan. Roti canai ‘tsunami’ sebenarnya adalah roti banjir yang ‘disirami’ kuah kari ,dal dan sambal. Lebih lazat lagi ia turut ditambah dua biji telur separuh masak. Mantap!!
Kalau makan hidangan ni, comfirm kenyang! Hanya dengan RM2.40 satu set bersama air teh atau teh o ais, anda dah boleh tersenyum puas. Lebih istimewa, keenakan Sambal Bilis homemade yang dihidang bersama menjadikan campuran kuah cicah ini menjadi lebih enak. Ada juga Kari Sardin juga uols. Fuhhh! Memang power!
Dek kerana penangan viral ini juga, setiap hari Pak Ali terpaksa menggunakan 35kg tepung untuk menyediakan roti canai berbanding hanya 20kg sebelum ini. Seawal 7.00 pagi lagi pelanggan sudah beratur panjang. Mai lambat, memang rugi. Sewaktu kunjungan RASA, jam 10.30 pagi pun masih ramai lagi pelanggan memenuhi gerai ni. Malah Pak Ali juga menawarkan diskaun untuk para pelajar. Maka tak hairanlah gerai yang terletak di Pantai Dalam ini cukup terkenal di kalangan siswa siswi Universiti Malaya.
Di samping roti canai ‘tsunami’, Pak Ali turut menyediakan roti telur, roti sardin, nasi lemak, bihun dan kuih muih. Memang banyak pilihan yang anda boleh cuba. Jika bawa anak-anak dan keluarga, memang sesuai sangat. Jika anda ingin singgah, gerai Pak Ali ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7.00 hingga 11.00 pagi. Selamat mencuba! – Faridah Talib
Info Kedai:
Roti Tsunami @Roti Canai Pak Ali
Depan Pantai Perumahan Pantai Permai
Jln Pantai Permai, Pantai Dalam,Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7.00 pagi – 11.00 pagi
Jika anda ingin menikmati masakan Pahang yang sedap dan tempatnya yang menarik dengan hiasan barang-barang lama, elok sangat singgah ke Kuantan admin sarankan anda ke Restoran Jaman Tory Bagi untuk menjamu selera, lokasinya di kawasan rumah kedai Taman Kota Ria bersebelahan dengan Perumahan MBSB di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Apa yang menarik di restoran ini adalah menu masakan Pahang yang pelbagai dan menarik perhatian pengunjung. Antara salah satu tarikan menunya adalah Nasi Goreng Cheese Terbakar di mana ianya dihidangkan dalam aluminium foiled beserta dengan api diluarnya. Anda boleh menikmati ketika masih panas, yang penting jangan lupa ber’selfie’.
Patin Bakar Tempoyak
Antara menu makanan popular di Restoran Jaman Tory ialah Set Daging Salai (Masak Lemak Cili Api), Patin Bakar Tempoyak, Patin Goreng Panas-Panas, Ikan Kerai Goreng, Set Patin Tempoyak, Set Ayam Kampong, Sup Ayam Kampung, Set Burung Putuh Goreng, Yasai, Moyashi, Cisstebakorweh, Nasi Goreng Juara, Nasi Goreng Burung Puyuh, Nasi Goreng Ayam Kampung, Nasi Goreng Petai, Juara Char Kuew Teow, Mee Hailam C.K.T, Sizzling, Mee Sup Kole Triang, Kerang Rebus, Kerang Bakar Mee Rebus JT dan termasuk juga Rojak Buah-Buahan Tempatan.
Populariti Restoran Jaman Tory semakin terselah sehingga menarik perhatian pelanggan terutamanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air untuk singgah menjamu selera di sini. Antara artis-artis terbabit ialah Aznil Nawawi, Fahrin Ahmad, Nassier Wahab dan ramai lagi.
Kalau teringin nak cuba boleh lah singgah restoran ni.
Kelantan; sebuah negeri yang terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Thailand. Ia memang cukup terkenal dengan aneka makanannya yang enak serta pelbagai. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang listing makanan asli Kelantan ni. Tapi yang ada di bawah ni antara hidangan-hidangan yang wajib cuba jika berkunjung ke sana. Jika anda orang Kelantan dan pernah cuba semua ni, perghhh…korang memang ore Kelate pure. Hebakkk!
Jom lihat apa makanan yang best dan wajib cuba di Kelantan.
1. NASI KERABU HITAM, KUNING & PUTIH
NASI KERABU HITAM @ BIRU FOTO: http://putri-roh.blogspot.my
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.