Ayam Bakar Kicap Juicy Dan Sedap. Tak Perlu Perap

Share

Ayam bakar kicap juicy dan sedap. Tak diperlu diperap pun. Tahap kepedasannya pula boleh ditentukan sendiri dengan adjust kuantiti cilinya.

Sangat sedap dihidangkan bersama dengan sambal tomato. Bagi yang gemar cuba resipi baru, korang patut cuba resipi daripada puan Khadijah Jaafar ini ye. Dijamin tak menyesal!

Resipi Ayam Bakar Kicap

Bahan-bahan;

1 ekor ayam

2 sudu besar cili kisar – boleh beli online di sini

4 sudu besar kicap manis – boleh beli online di sini

3 helai daun salam/bay – boleh beli online di sini

400 ml air

Gula perang – boleh beli online di sini

Sedikit air asam jawa – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Sedikit mentega 

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Kisar:

4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

6 biji bawang merah – boleh beli online di sini

3 cm kunyit – boleh beli online di sini

2 biji cili merah 

1/2 sudu besar ketumbar

3 cm lengkuas

2 biji cili api

3 cm halia – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kisar semua bahan kisar hingga lumat. Ketepikan.

Panaskan minyak berserta mentega.Tumiskan bahan kisar, cili kisar dan daun bay sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan air asam jawa.

Setelah itu, masukkan kicap manis. Kacau sehingga sebati.

Masukkan gula perang dan garam. Kuantitinya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka manis boleh lebihkan gula.

Kemudian masukkan ayam. Gaulkan hingga rempahnya menyaluti ayam.

Masukkan air.

Biarkan sehingga kuahnya agak kering. Lebih kurang dalam 15 – 25 minit. Masa adalah ikut pada saiz ayam, Kalau guna ayam saiz kecil dalam 15 minit sahaja. Bagi ayam bersaiz besar perlu dimasak lebih lama.

Keluarkan ayam. Bakar ayam dalam oven selama 20 minit pada suhu 170 C. Pastikan oven dipanaskan dahulu dalam 15 minit. Letakkan ayam di rak paras dua gunakan api api atas bawah.

Terbaik ayam dibakar di atas jaring, jika di atas dulang nanti bahagian bawahnya jadi basah. Di rak paling bawah letakkan tray yang di alas aluminium foil supaya air ayam menitik di atas tray.

Pada minit ke 10 sapukan ayam dengan kuahnya, supaya ayam nampak lebih cantik & berkilat. Sambung lagi 10 minit lagi bakar.

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

IKLAN